Friday 26 January 2018

PENGALAMAN HARI PERTAMA DAN KEDUA DI TAIPEI

Salam,

Aku ke Taiwan bersama adik aku Dania..Taiwan aku pilih sebab time tu tiket murah.

Di bawah adalah cerita kami

Jadi tarikh travel kiteorg ialah 14-18 August 2017. Musim panas ye anak2..

Day 1- ARRIVAL
Aku tak tido sepanjang malam di airport. Alhamdulliah aku dapat tido sepanjang perjalanan dalam kapal terbang ke Taipei.

Kami tiba di Taipei jam 12.40pm
dan settle immigration around 1.30pm. Aku cari booth wifi yang aku dah book from Klook, Unlimited wifi RM11 per day je. Sangat murah la.

Lepas tu kami naik Mrt to Taipei Main Station TWD160, boleh naik bas.tapi bas lambat masa tu. Perjalanan aku tak ingat la berapa lama,maybe dalam sejam jugak kot. Sampai Taipei Main Station aku cari jalan untuk ke hotel. Sesampainya di hotel, nia nak tido dan rehat few hours sbb dia tak cukup rehat..tapi aku terlalu excited dan anxious..so aku x boleh tido..aku buat research dan plan our trip for the day.

Dalam MRT

Kepenatan si mok mok ni

Dekat dengan hotel kami, rupanya ada satu restoran beef noodle. Nama dia Chang’s Beef Noodle. Sebelah kedai ni pon ada satu restoran halal noodle jugak. Kami pilih yang kanan. Suka sangat makan kat sini sebab sedap. Sebab aku dan nia memang hantu masam, kami letak banyak jeruk sayur dia dalam beef noodle kami. Memang sedap sangat. Dan harga dia pon quite murah jugak


Beef noodle di kedai ni lebih berminyak

Makan beef noodle dengan dumpling.Tapi dumpling dia,kulit tebal sebab dibuat daripada tepung yang sama dia buat noodle tu




Lepas makan, kami ke train station untuk beli tiket ke Taroko. Aku beli on the spot sebab aku tak tahu macam mana nak beli online, aku x paham website dia.

Malamnya kiteorang pergi ke Raohe Night Market.. Bagi aku tempatnya tidak terlalu menarik.. lebih kurang sama seperti jonker walk di Melaka.. Dan disebabkan bnyk makanan tak halal dan kami pon masih kenyang dari noodle tadi. kami tak beli apa2. Nia hanya beli selipar sebab kasut time tu buat tapak kaki dia macam melecet/kematu camtu. Selipar mahal nak mampuih RM70. Otw nak balik ke hotel, kami mcm sesat dalam train station sebab train station dia belit dan sedikit confusing.. 1st day kan, take time jugak nak biasakan diri dengan MRT map diaorg. 


Day 2- TAIPEI GRAND MOSQUE

Kami bangun lewat pukul 9.30, maybe sebab penat semalam tak habis lagi. Pukul 11 check out dan simpan barang berapa barang dekat hotel. Kiteorang just bawak apa yang perlu untuk 1 malam sahaja. Lepas tu kami ke train station dan cari locker untuk simpan bag besar.

Dah settle sume kami menuju ke Taipei grand mosque
Dari Dongmen exit 5, and guna google map, kami jalan kaki sejauh 800m. Dicadangkan untuk sewa basikal YOUBIKE kalau tak larat jalan. Tapi kene guna kredit. card, dan dia akan charge NT2000. Tapi nanti dia akan cancel charge bila kita pulangkan basikal. kiteorg cuba.. tapi tak boleh, ada error. so jalan kaki je la
Bila tengok Google maps, aku rasa better turun Daan mrt.. dekat sikit. cumanya, aku tak tau exit berapa. Kami solat zohor dan rehat di masjid.








For lunch, kami makan di Halal Beef Noodle. Kami naik taxi dari depan masjid.. TWD150. Naik taxi sbb jauh dari masjid tu dan dah kebulur sangat, malas nak cari public transport. Aku rase jarak dia dlm 2km je dari masjid tu. Makanan kat sini agak mahal jugak. Masa tu aku ngan nia makan around RM80 jugak tuk dua org..Tapi kitaorang makan pon x bajet sangat..Sebab nia si mokmok hantu makan..aku mana bleh tgk je, kene gak makan apa dia makan…haha
Kalau nak datang sini, tengok operation hour dia tau, sebab kedai ni tutup time lunch dalam kul 2 gitu kot..kami pon datang nasib dia bukak lagi, tapi lepas tu dia tutup kedai, kami makan dalam kedai tutup..haha

My order..sedaap jugak, tapi aku prefer chang's noodle, sbb jeruk chang's nodle lebih sedap.

Aku order yang clear broth, dan nia order yang berminyak tu..sekali dengan dumpling..


SUN YAT SEN MEMORIAL

Dari kedai noodle bleh jalan kaki ke Sun Yat Sen Memorial Station.. masuk exit 1 dan keluar exit 4(ada tulis nama Sun Yat Sen). Dari kedai noodle guna google map, cari location Sun Yat Sen.. pastu follow dengan jalan kaki.

Di Sun Yat Sen, Kat situ ada guard yang tegak je macam patung depan statue tu. Depan statue tu, kami boleh nampak bangunan Taipei 101 dari jauh. Memang sangat strategik lokasi dia, sebab kita boleh bergambar dengan Taipei 101. Baru ada bukti dah sampai Taiwan kan.






Maaf, masa kami kat sini kami mmg tourist sangat, bukan traveller, datang tangkap gambar, lepas tu bla. Touch n go je la. Sebab kami rushing nak kembali ke Train station. Train kami ke Taroko pukul 5.

XINCHENG TAROKO TRAIN

Kami naik train ke Xincheng Taroko di platform 4, TRA pada 5.10pm, perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan kami sampai di Taroko Station tepat 8.06pm


Acah sikit

Practice DSLR sebab payah gila guna focus dslr ni..Macam ada problem pon ye, entah la

Sampai di station





Di sebabkan kami sampai malam, bas pon dah tak ada, elektrik pon tak de kat tempat tu..haha tak tahu la kenapa tak ada elektrik, tak ada ribut pun. Lampu jalan tak ada, gelap gelita sangat. Nia dah takut. Tapi aku rilek je haha.

Kiteorg tanya mak cik lokal kat situ, macam mana nk pergi hotel kiteorang tu, pastu mak cik tu baik hati tolong call kan teksi dan kos ke hotel TWD160 untuk 3.5km . Mahal jugak, tapi desperate kan.

Aku pilih hotel yang dekat dengan Taroko sebab aku nak jalan je ke Taroko tu. Biasanya orang lain akan duduk dekat Hualien, dan sewa scooter ke Taroko. Berdasarkan research aku, dari Hualien nak ke Taroko tu around 40 to 45min la.. Tapi aku tak nak sewa moto sebab aku risau, baca-baca somewhere katanya foreigner tak boleh sewa,kene lesen la apa la..aku malas nk research dah dan aku pon tak nak amik risk sangat, kene saman ke accident ke apa kan. Tak sanggup aku nak buat perut ibu kat Malaysia tak senang..haha



Lagipon kitaorang tak ada banyak masa di Taiwan untuk di buang di tempat-tempat yang tak ada apa sangat, pada pendapat aku.

Ok sambung hari ketiga kat sebelah ye---> 
DAY 3 -  KLIK SINI 


DAY 1 & 2 - KLIK SINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIK SINI
DAY 5 - KLIK SINI
 SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI

No comments:

Post a Comment