Wednesday 27 August 2014

Misi Mencari Makanan Halal,

Hari ke 3 - 27/8/2013, suhu 20°c malam ini
12.25am- Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga aku di KNU. Kami makan tengah hari dengan ramen dan nasi berharga 2000 won. Jujur,  x de la sedap mana, sedap lagi maggi asam laksa dan soto mee sedap.. haha Kimchi pon aku x lalu nak makan. sedap memang sedap, tapi dia macam x masuk la. Selepas makan, kami memulakan misi mencari kyungpook islamic centre, kami berjalan hampir dua jam mencari dimankah letaknya KIC tersebut. Menurut kata rakan yang baru dikenali oleh Irfan, KIC itu terletak berdekatan dengan west gate, tapi kami pusing, tiada juga ketemu. Akhirnya, kami i berhenti untuk solat, kami mencari kiblat menggunakan aplikasi telefon dan solat di tepi stadium mereka, hanya berlantaikan simen. Selesai solat zuhur, kami masih tidak berputus asa,  kami meneruskan pencarian, kali ini, kami mengumpul detail yang diterima dari rakan Irfan itu semula, menurutnya, KIC berada disebelah kiri selepas keluar dari pagar west gate. Jadi kami pon mencari sekitar berdekatan. Aku pon mula scan kawasan sekitar atas bawah depan belakang dan "Itu dia!! " jerit aku. Betapa gembiranya kami, akhirnya kami menjumpai KIC, rupa-rupanya ia hanya terletak betul2 bangunan dihadapan pagar west gate, di tingkat dua dengan logo yang aku KIC dinding. Kami terus bergegas mencari pintu masuk. Aku rasa kami nampk macam orang gila sebab mundar mandir depan kedai mereka sebelum menjumpai pintu masuk.


Ditingkat dua,betul2 hadapan West Gate


Kami menaiki tangga tersebut tetapi malangnya tiada seorang pon disitu. Kami turun semula, sekurang - kurangnya kami menjumpai tempat ini, mudah untuk Irfan solat Jumaat nanti. Selepas itu,  kami meneruskan perjalanan untuk mencari kedai Pakistan yang turut dikatakan berada di kawasan sekitar, tapi kami tidak mencari lama kerana kami yakin tempat ini tiada kedai sebegitu kerana sebelum ini kami sudah pon tawaf seluruh bandar T. T. Jadi kami pon masuk semula kedalam KNU, sekarang kami bergerak ke Global Plaza dengan harapan nak mencari KSA, iaitu Kyungpook Students Ambassador, dengan motonya "we will help you! ", kami ingin mencari maklumat restoran halal atau cara-cara untuk bergerak di luar universiti. Tapi malangnya kami x berjumpa mereka.  Jadi kami pon keluar semula dari bangunan GP tersebut.

Setelah keluar, Aku dan Izyan mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan lagi di pagar North Gate. Kami berjalan-jalan melihat kawasan sekitar. Kaki ku mula sakit kerana berjalan terlalu lama. Aku rasa kami sudah berjalan selama 3-4 jam. kami menjumpai restoran makanan laut, aku bercadang untuk mencuba, tetapi aku tidak yakin pula untuk bercakap dengan pemilik kedai. Jadi kami keluar semula dari restoran tersebut. Beberapa blok kemudian, aku ternampak menu di satu cafe "Melon bingsu", nampak sedap. Jadi aku dan Izyan masuk ke dalam kedai tersebut dan membuat pesanan. harganya 11,000 won, bersamaan dengan rm 33. Memang mahal tapi sedap, jadi berbaloi la apabila dibahagi kepada 2. Selepas makan dengan gembira, kami pon pulang, perjalanan pulang mengambil masa setengah jam dengan berjalan kaki T. T.
Pada malam harinya pula, selepas selasai solat Isyak, kami keluar untuk makan malam di kedai yang kami cari semalam, hari ini kami makan mewah sekali. Nasi lauk sotong bersama sup dan beberapa side dish. Sedap memang sedap,  harganya 4500won. Kami makan dengan gembira sehingga kenyang.
Selepas makan, kami berjalan semula ke West gate, kerana pada petang tadi, aku mendapat maklumat dari seorang senior yang pernah ke KNU sebagai Pelajar pertukaran bahawa terdapat kedai runcit halal berdekatan dengan KIC dan kami ingin mencarinya. Sampainya kami ke west gate, kami melihat KIC bercahaya, jadi kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam untuk berjumpa saudara Islam disana dan meminta bantuan mencari restoran halal yang lain. Alhamdulillah, Islam agamanya indah, hamba yang mengikuti agama ini dengan hati yang ikhlas pasti menjadi hamba yang baik sesama manusia. Kami mendapat maklumat tentang restoran halal, dan juga saudara disana menunjukkan kami, kedai yang kami cari, New World Mart. Kami seperti kanak2 riang, gembira menjumpai kedai tersebut dan akhirnya kami pon membeli aiskrim sahaja kerana tidak berniat untuk membeli apa2,hanya ingin mengetahui kedudukannya agar nanti apabila perlu, tidak susah mencari.
Selesai makan aiskrim, kami pon berjalan pulang ke dorm sambil gelak tawa dengan adegan gaduh manja irfan dan izyan. Dalam perjalanan, kami bertemu dengan ane,  seorang pelajar master dari Indonesia, kami menegurnya terlebih dahulu dan kami berbual sambil berjalan pulang bersama-sama.
Alhamdulillah, kesukaran kami hari ini, untuk mencari makanan halal, dan KIC dapat kami atasi dengan berjayanya, kerjasama pasukan kami sangat baik.
Dinner kami,nasi sotong
melon bingsu
Update: Kami dapati, ramen yang kami makan mungkin terdapat serbuk daging lembu atau babi. Semoga Allah ampunkan kami :'(

Monday 25 August 2014

Hari Pertama sebagai Pelajar di Korea

2.11am-Malaysia
Flight D518,klia2-busan

Ketika ini,  suasana dalam kapal terbang sunyi. Anak kecil yang tadinya menangis, kini sudah tenang. Barangkali sudah tidur dipangkuan ibunya.  Aku kini duduk di kerusi 26B. Pada awalnya disebelah kanan ku ini kosong x berpenghuni. Tetapi selepas hampir satu jam penerbangan,  datang seorang lelaki korea ingin duduk disini. Entah mengapa dia beralih dari tempat asalnya, tidaklah aku ketahui. Disebelah kiri ku ini juga seorang lelaki korea yang agak tinggi, berbaju kemaja kotak2, berlengan panjang, rambutnya pula bersikat tepi style artis korea dan diwarnakan perang. Namanya JiHyun,  datang dari Masan, sebuah bandar berhampiran Busan, dia ingin pulang ke tanah air selepas 8 bulan bekerja di Australia, penerbangannya ini dari Australia ke Busan dan hanya transit di Malaysia  selama 9 jam.  Orangnya ramah. Kami berbual2 berkongsi cerita selama satu jam,  selepas itu kami senyap.. dia kini sedang tidur.. aku pula sedang menaip cerita ini. Suasana dalam kabin kini terang benderang, belakang badan ku mula lenguh, tidak selesa duduk tegak begini. Tapi harus bagaimana lagi, inilah perkhidmatan penerbangan kos rendah. Redha sahaja la. Nasib, aku sudah siap siaga dengan tuala.. Boleh la aku lilitkan di mata bila ingin tidur nanti. Aku sebenarnya sudah mengantuk. Pagi tadi aku bangun awal, masih tidak tidur sampai sekarang.  Tapi aku sedang menunggu makanan yang akan dihidangkan sebentar lagi. Perut ku belum lapar, petang tadi aku makan selagi mampu. Cuma sekarang aku benar-benar dahagakan air. Selalunya aku minum banyak. Tapi sekarang mana boleh bawa air naik kapal. Jadi aku sedang menunggu air yang dihidangkan padaku.. Sekarang, air yang ku nanti sudah ada didepan mata, dihidangkan seorang pramugari Korea yang manis mukanya. Bau makanan sudah memenuhi kabin membuatkan aku berasa lapar. Tapi aku perlu tunggu kerana ada banyak lagi masa aku didalam kapal ini.

5.20am-Malaysia time
Baru lepas makan nasi ayam uncle chin. Boleh la.. tp sekarang rasa mcm mulut berbau garlic la pulak.. macam mana nak bersembang dengan orang sebelah ni. Perut ni pon satu hal, asal naik kapal terbang mula la rse nk kentut la ape la.. tunggu la turun kapal dulu baru nk kentut please. haha

8.25am-Selamat sampai di Busan Airport

10.10am-Kami 9 orang disambut oleh buddy irfan yang masih aku x ingat namanya ape.  Orangnya kecil sahaja. Tapi sangat baik, dia sediakan roti dan minuman dlm kotak utk kami semua. Alhamdulillah roti yang diberi ialah roti kekacang. Airnya pula air buah. Dia juga membantu kami membelikan tiket bas untuk ke daegu. Orang korea ini memang pemurah pada pemerhatian aku. Dahulu, masa aku dengan Hyun bo pon dia belanja aku dan kak lang juga.

11.20am-sekarang kami sedang berada dalam bas menuju ke Daegu, kami ambil airport limousine sebab lebih mudah untuk bergerak memandang kami semua membawa beg yang amat banyak dan beratnya, tuhan sahaja yang tahu. beg sandang aku bersama laptop gemuk tu sahaja sudah 10kg,beg tarik dan kotak makanan pula sudah 29 kg.. ini baru sahaja aku. Irfan bawak sampai dua beg tarik, dia nak pindah terus korea agaknya. haha tiket bas berharga 7000won

1.29pm- perjalanan sejam lebih kami, berakhir pada jam 12.30pm, kami dijemput oleh beberapa lagi buddy yang semuanya comel - comel belaka. Mereka ramah dan baik hati. Hujan renyai-renyai menemani sepanjang perjalanan kami dari Busan ke daegu, aku tidur sepanjang perjalanan kerana mengantuk dan tidak mendapat tidur yang nyenyak semasa dalam kapal terbang tadi. Kami menaiki teksi dari station bas ke KNU,  tambang teksi ialah 5000won,tetapi dibayar oleh seorang buddy bernama SuJin, ingin aku bayarkan separuh tapi dia menolak. Apa lagi yang boleh aku lakukan, dah orang menolak memang aku x kan paksa untuk terima. Sekarang sedang mendaftar untuk dormitory.

3.22 pm- setelah sejam lebih kami menunggu dihadapan pejabat untuk proses pendaftaran masuk ke dalam dorm, akhirnya, kami selamat berada dalam dormitory. Bilik aku no 414, ditingkat empat. aku berkongsi bilik dengan huda dan umi bersama seorang pelajar dari Estonia, namanya Kristi. Orangnya ramah, rambutnya blond dan diwarnakan merah dihadapan. umurnya 27 tahun. Dia belajar dalam bidang Asia Timur dan juga komputer sains. Bilik ini luas dan selesa sangat. terdapt 4 rak buku bersama meja belajar. Mejanya luas dan selesa. Paling menarik sekali ialah di dalam bilik ini terdapt juga aircond. Dah macam hotel rasanya. Kami akan duduk dibilik ini selama seminggu sebelum berpindah ke dorm baru yg lebih selesa. Sistem keselamatan dorm disini memang bagus.. pintunya berkunci sepanjang masa. Bila hendak masuk perlu masukkan no pin dan scan vascular pattern? aku x pasti mcm mana.. tp kami perlu meletakkan tangan di mesin tersebut kemudian baru pintu akan terbuka. Di tandas pula,  nasib baik mereka ade menyediakan bidet, sekurang- kurangnya  selesa la sedikit hendak membuat bisness. hoho

9.40pm- Pada jam 6.30pm tadi selepas hampir 2 jam dapat melelapkan mata, kami keluar untuk makan. Sungwoo membawa kami makan bibimbap di sebuah restoran berdekatan. bibimbap yang disediakan hanya mempunyai sayur dan telur bersama sos . dihidangkan bersama ialah kimchi, jagung dan macaroni, ketam goreng tepung dan sup taufu dengan taucu. Kami makan sampai kenyang. Alhamdulillah. Selepas itu kami pon pulang ke dorm masing2 untuk sambung berehat.

Alhamdulillah, perjalanan harini berjalan dengan lancar.. aku gembira berjumpa rakan2 korea yang baru. Cabaran kami disini ialah untuk mencari kiblat dan juga untuk mengejar waktu solat. Semogo Allah melindungi kami dari meninggalkan solat serta makanan yang tak halal.  Mohon perlindungan dari Allah agar menyelamatkan kami dari tersentuh lelaki2 bukan muhrim disini.. Disini mereka tidak tahu batasnya.. Jadi, kami la yang perlu bertanggungjawab atas diri sendiri ..