Tuesday, 2 September 2014

Cabaran Pindah Dormitory di Kyungpook National University


Assalammualaikum,

30/August/2014,( suhu 26 °C on 2/9/2014)

Tidur nyenyak ku pagi itu diganggu oleh Ahjumma mana entah yang telah berjaya membuka pintu bilik kami. Pintu bilik kami dikunci secara otomatik apabila ditutup. Entah bagaimana ahjumma ini tahu membukanya aku tidak pasti, mungkin dia diberi code untuk membukanya. Dia kan perkerja disini. Entah ape la yg dikatakannya semasa membuka pintu bilik kami, tp aku membuat anggapan dia suruh kami bangun tidur dan bersiap sedia untuk pindah ke dormitory baru.

Aku pon bangun dan mula mengemas-ngemas apa yang patut. Tepat pukul 12, aku dan rakan2 sudah siap mengemas dan sedang menunggu buddy kami datang untuk membantu kami pindah. Barang kami sangat banyak, berkali-kali kami minta untuk mendapatkan teksi, tapi buddy kami berkeras untuk berjalan ke dormitory baru kerana menurutnya dormitory tersebut itu dekat sahaja dan mereka mengatakan teksi driver akan marah kalau terlalu dekat. Kami pon dengan hati yang berat mengheret la bebanan kami yg berkilo-kilo itu. Sudah la korea ini negara yang 70% bukit, menambahkan lagi penyeksaan kami. Bahu ku yang menyandang beg laptop terasa kebas, aku tidak dapat merasa bahu ku. Mungkin kerana beg sandang ku itu terlalu berat dan menyekat pengaliran darah. Untung barang ku tidak banyak, cuma sekotak makanan,beg sorong dan jaket yg diisi bantal dan selimut. Aku juga turut membantu mengangkat beg selimut Lina. Sepanjang perjalanan yang penuh azab dan peluh itu, aku bersembang dengan buddy ku, dia turut membantu mengheret luggage dan kotak makanan. Buddyku namanya Jo Yeo Eun, ramah orangnya. Tidak ku sangka dia akan menceritakan kepada ku tentang love lifenya yang sedih itu. Aku mendengar penuh minat dan memberinya kata-kata semangat. Aku juga turut membebel mengatakan" This is not near", "We should take taxi","Waaaaa", "My shoulder hurt,haha","Next time, please take taxi"(Membebel dengan senyuman dan bukan marah ye). Yeah, untuk berjalan kaki mungkin dekat, tapi berjalan kaki bersama beban berkilo-kilo amat menyeksakan.

Aku mendapat bilik bernombor 3715, ditingkat tujuh..berada dihujung koridor, diluar pintu bilikku terbentang luas hutan batu Daegu. Masuk sahaja kedalam bilik ini, aku sangat kagum. Aku tidak henti2 membandingkannya dengan dormitory ku di Malaysia. Bilik dan mejanya luas dan selesa, terdapat rak buku didinding yang cukup untuk aku yang memang menyukai buku. Katil singlenya juga luas dan selesa, cuma tilamnya sedikit keras, tetapi aku tidak peduli kerana aku sudah biasa tidur berlantaikan simen dan tilam nipis. Jadi itu memang memuaskan hati. Biliknya disediakan sekali bersama tandas didalam. Jamban automatik dan shower. Terdapat juga aircond didalam bilik ini bersama heater. Satu bilik cuma dua orang. Aku berasa seperti tidak mahu pulang kerana bilik ini sangat sesuai untuk belajar. Malangnya bilik ini tidak mendapat signal wifi yang kuat, tp setiap meja disediakan LAN dan kami hanya perlu membeli kabel.Dan speed internetnya sangat laju, x pernah aku lihat seumur hidup ku.

Kelajuan di luar akal fikir ku


Bilik yang super selesa

Aku dihujung koridor

Hutan batu di luar tingkap
Kepenatan kami umpama hilang begitu sahaja apabila melihat bilik ini. Tepat jam 2 petang, kami terpaksa keluar bilik kerana pihak pengurusan ingin mmbuat pembersihan dan checking. Aku dan rakan2 bersama buddy kami, makan tengah hari bersama di kedai tteokbokki. Kasihan dengan buddy kami yang mempunyai kesukaran memilih restaurant untuk kami. Aku makan sedikit sahaja kerana hatiku tidak tenang di restaurant itu. Selepas makan tengah hari kami pon pergi ke Seomun Market. Perjalanan ke Seomun Market akan diceritakan di post lain.

Terima Kasih kerana membaca :)





2 comments:

  1. Haah nampak sangat selesa, Di sertakan dengan suasana kat sana..
    mmg best

    ReplyDelete
  2. Hai assalamualaikum , saya malaysian . Nak tanya sikit berkenaan KNU , sekarang tengah belajar di KNU lagi ke ? Kat KNU ramai student Malaysia tak ? Hopefully you can reply my question . Ni email saya muhammadnadzmil@gmail.com . Thanks

    ReplyDelete