Monday 10 February 2014

Nota Cik Semut

Assalammualaikum,

Salam pengenalan..

Tarikh 11/2/2014, 12.25 a.m, aku membuat satu lagi blog..
Blog Cik Semut yang mendapat namanya dri kakak aku, Aliaa ..Aku sangat suka dengan nama ni, caption pon comel..

Mengapa Cik Semut?

  • Bagi aku, aku ni manusia kecil sahaja..(ni secara visualnya lah..klu fizikal, aku ni besar orgnya..haha)

          Aku hanya hamba Allah yang kerdil.

  • Semut tu kecil, tapi dia ada di merata-rata dunia. Kau cuba beritahu aku, pelusuk bumi mana yang tidak punya seekor semut pun disitu?
Kenapa aku buat blog ni? Dengan harapan blog ni, akan mencatat semua gula-gula yang aku kutip dalam setiap perjalanan..Aku sangat berharap, aku dapat mengisi blog ini dengan cerita-cerita pahit manis aku dalam mencari setiap peluang yang ada untuk aku mengembara..

Aku tak sabar ingin keluar, aku ingin lihat dunia.
Aku ingin kenal dan jumpa lebih ramai manusia.
Aku ingin cerita tentang Islam pada meraka.
Dengan harapan, mereka kenal Islam,
mereka cari Islam, dan IAllah,
Allah tunjuk mereka jalan kepada Islam..

Aku juga nak jumpa saudara Islam kita disana..
Misi setiap kali mengembara:
  • Cari Masjid disana
  • Cari Makanan halal
  • Cari saudara Islam, buat kawan
  • Cari Calon suami..( ehhh, tetiba..hahaha)

Ya Allah, beri aku peluang lihat dunia dengan mata kasar yang kau anugerahkan pada ku..