Monday, 29 September 2014

Couchsurfing: Jeonju-Maisan Part 2

Assalammualaikum,

Selepas kami pulang dari majlis perkahwinan yang sangat megujakan itu, omma sudah bersiap2 untuk ke Maisan pula. Aku juga sudah menyalin pakaian yg lebih sesuai untuk berjalan. Kami menunggu untuk beberapa minit kerana Jiyoung bru nak mandi. Selepas itu kami pon bertolak.

Perjalanan ke Maisan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Apabila hampir sampai ke Maisan, pemandangan sekitar dihiasi dengan sawah padi yang menguning indah dengan padi yang menunduk kebumi. Indah sekali pemandangan tersebut yang turut dikelilingi barisan gunung yang berdiri megah.
Indah bukan?

Aku sebenarnya berasa terharu kerana keluarga ini sanggup membawa aku ke Maisan walaupun jaraknya agak jauh. Sudah aku katakan pada Yunsang, jika jauh, aku tidak kisah kalau x pergi ke Maisan, asalkan tidak membebankan, tp Yunsang tetap berkeras dan akhirnya keluarganya bersetuju membawa aku kesini dan sampai lah juga aku ke Gunung Telinga Kuda ini.

Jalan ke Maisan

Nampak x sipi2 telinga kuda? Gunung dri kanan no 2..yg kat blakang gunung besar. X nampk sudah..nnt tgk gambar lain

Batu yang disusun jadi tower

Ni penghujung journey ke Maisan. Tapsa (Tap Temple)


Omma


Pak Cik ni la yg susun batu2 ni semua sorang2 katanya. Dia dh meninggal 50 tahun dah


Selepas hampir dua jam bergambar dan berjalan di Maisan, kami pon pulang. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi mata ku dihidangkan dengan pemandangan indah alam ciptaan Allah.. Gunung ganangnya indah sekali. Ayah Yunsang membawa kami ke arah satu kawasan di mana kita boleh melihat Maisan dengan lebih jelas.
Ada nampak cam telinga kuda x? aku nampak macam telinga kucing je


Lepas tu Ayah Yunsang berhenti kat satu tempat, macam tasik buatan, ada air pancut. Just nak jalan2 je. Orang korea ni memang suka jalan-jalan.sebab tu banyak yg sihat-sihat.

Omma, Appa and Hagwon

Just Air Pancut

Panorama


Lepas tu, kami naik kereta nak pulang. Dalam perjalanan pulang, aku teruja melihat bunga2 indah yang liar di tepi jalan. Appa terus memberhentikan kereta di kawasan bunga itu untuk memberi peluang pada aku tangkap gambar dan menikmati makhluk Allah yg indah itu,

Ini bunga Kosmos..Comel sangat

Ohhh bulatnya muka ku.. Sila amati bunga sahaja..


Bee and flower? Awesome :D

Mereka meliar begini..SUBHANALLAH.
Selepas itu kami pulang ke rumah. Sebelum sampai rumah, keluarga ini beli aiskrim banyak2. Memang murah jugak la..Dan di rumah, omma masak ttokguk.. Rice cake soup. Sedap memang sedap, tp penat la mulut aku nak kunyah rice cake alah tu, punya la liat. Liat punya pasal, aku pon x nk tambah lagi.haha

Malam tu pula aku pergi Deokjin park. Ok sambung lagi sebab pos kali ni dh cukup panjang. Thanks baca dan Jumpa lagi. 

Assalammualaikum.


2 comments:

  1. awak kenapa lah best sangat korea ni.. kita pegi seminggu tak puas lah.. memang teringin duk sana terus dengan harapan duduk tempat yg cantik dan banyak bunga2 segar...bestnyaaa

    ReplyDelete
  2. Korea memang best..tp kalau duduk korea maknanya duduk kat bandar je, nak cri yg cantik2 mcm ni pon kene pegi jauh.. T.T

    ReplyDelete