Wednesday 21 January 2015

Malaysia Aku Kembali

Assalammualaikum,

Setelah empat bulan berada di bumi Korea.. Akhirnya aku telah selamat kembali ke negara tercinta. Perasaan ketika hendak meninggalkan bumi korea ketika itu, ade lebih gembira dari sedih. Mungkin kerana aku sudah terlalu rindu dengan kepanasan Malaysia, rindu dengan makanan Malaysia dan paling penting aku rindukan keluarga ku terutama sekali ibu dan abah.

Banyak perkara aku belajar sepanjang 4 bulan di Korea. Walaupun aku hanya mengambil dua mata pelajaran shaja semasa di Korea, tp aku telah timba banyak pengalaman yang menarik.

Semasa di Korea, aku banyak belajar tentang agama. Walaupun jauh dari guru agama, walaupun jauh dari kelas agama tapi aku masih belajar serba sedikit tentang agama. Antaranya, semasa aku di Korea aku belajar tentang syarat2 solat jamak dan qasar. Mungkin ini perkara yg hampir semua tau, tp adakah semua orang jelas tentang syarat2nya? Ketika di Korea, aku lebih jelas tentang syarat2 rukhsah solat ini. Aku juga belajar tentang menentukan kiblat.. Kerana di negara Korea sgt sukar untuk mencari tempat untuk solat dan Hp aku juga x boleh digunakan untuk mencari kiblat sebab hp murah ini tiada compass. Aku belajar mencari kiblat dengan melihat arah matahari dan juga yakin dihati bahawa itulah kiblatnya.

Aku juga gembira kerana sepanjang 4 bulan di Korea aku semakin mahir bercakap dalam bahasa Korea.. walaupun tidak la lancar.. tetapi sekadar perbualan ringkas itu alhamdulillah boleh la sikit2.. Selain itu juga aku boleh faham sedikit perbualan orang dlm bahasa korea..sangat seronok rasanya belajar bahasa baru. Dari 10 bintang, bahasa korea aku boleh la takat 2 bintang..Nak belajar lagi bahasa ini

Di korea aku jumpa ramai orang yang baik2..mereka ramah sekali dengan kami dan mereka juga sangat curious dengan hijab yang kami pakai. Aku gembira kerana dapat menceritakan serba sedikit tentang Islam kepada mereka. Melalui penceritaan tentang Islam kepada mereka, aku belajar lebih lagi tentang Islam. Aku lihat banyak video tentang Islam.. aku belajar untuk memudahkan aku menjelaskan dengan lebih baik kepada mereka dan dalam masa yanga sama aku juga belajar. Di Korea, aku jumpa keluarga Korea baru. Satu keluarga di Jeonju dan satu keluarga di Seoul.. Mereka baik-baik sekali..Aku akan sentiasa mengingati jasa baik mereka. Satu hari aku akan datang kembali sebab hatiku separuh sudah di Korea.hehehe

Pulang dari Korea, aku lebih menghargai kepanasan Malaysia.. Musim sejuk di Korea terlalu sejuk, pakai tebal2 pon masih sejuk. Rimas rasanya dengan kesejukan di Korea. Pulang dari Korea aku lihat Malaysia lebih indah dari biasa. haha Korea memang sebuah negara yang Indah tp Malaysia juga tidak kalah. Pulang dari Korea, aku juga nampak kelemahan Malaysia dari segi pengangkutan awam. Masih banyak perlu diperbaiki. Terutamanya pengangkutan awam di kawasan pendalaman. Harap ianya boleh diperbaiki lagi di masa akan datang.


Pengalaman di Korea memang sangat menarik...Aku bersyukur pada Allah kerana memberi ku peluang ini. Aku berterima kasih pada ibu dan abah yang dh



Jiyoung

Jiyoung and friends

Appa

Omma



No comments:

Post a Comment