Thursday 23 October 2014

Hitchhiking Dari Daegu ke Seoul

Assalammualaikum,

Pagi itu aku bangun awal kerana kami sudah berjanji ingin berjumpa di lobby pada jam 8.30 am. Aku makan roti sebagai alas perut untuk memulakan hari aku. Sarapan pagi jadi sesuatu yang wajib dilakukan bila mahu memulakan perjalanan yang jauh kerana aku tidak tahu bila akan bertemu makanan lagi. Korea bukan macam Malaysia, makanan halal sukar dicari, jadi perlulah diisi perut sebelum keluar.

Tepat jam 8.30am, aku, Xiao Wei dan Saymin memulakan perjalanan kami. Semalam sudah kami bincangkan bagaimana ingin ke tempat yang dituju. Kami berjalan kaki ke perhentian bas yang berdekatan dengan pagar utara KNU, dan menunggu disana selama lebih kurang 15 minit untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke Chilseong Market.

Sampai di Chilseong Market kami menunngu lagi untuk menaiki bas ke Joya Elementary school. Disini lah perhentian yang dekat dengan lebuhraya Gyeongbu. Berdasarkan maklumat yang dicari di internet, lebuhraya ini akan menghala ke Seoul. Jadi disinilah permulaan yang kami pilih untuk hitchiking. Sepanjang perjalanan ke Joya Elementary School, aku perhatikan kawasan sekitar dari dalam bas. Bangunan 3 tingkat berderet di kiri kanan jalan . Kereta juga meluncur lancar di jalan raya. Mungkin kesesakan lalu lintas di Deagu tidak serius seperti di Seoul atau Kuala Lumpur. Bas yang membawa kami rupa-rupanya membuat pusingan ke pagar barat KNU. Kami ketawa seperti bas itu kami yang punya. Kalau diketahui dari awal, kami sepatutnya boleh saja berjalan kaki ke pagar barat itu. Bazir saja tambang tiket 1200 won kami.

Perjalanan ke Joya elementary school mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya kami disana, kami seperti rusa masuk kampung. Tidak tahu hala tuju mahu ke mana. Kami tidak tahu bagaimana  ingin masuk ke lebuhraya yang kini berada di atas kami. Kami pusing-pusing kawasan sekitar mencari orang yang sesuai untuk ditanya tetapi hanya ada pak cik tua yang pastinya tidak akan faham bahasa English, namun kerana terdesak kami bertanya juga kepada pakcik itu dengan menggunakan bahasa korea kami yang sangat -sangat limited edition ni. Bermulalah perbualan ayam itik antara kami. Melihat kan perbualan yang tidak membawa hasil itu, kami berpura-pura faham apa yang pak cik itu cakap dan berterima kasih dengan bersungguh-sungguh. Kami beredar.

Kami mencari lagi, kali ini kami berjumpa dengan orang yang lebih muda. Alhamdulillah, orang ini faham apa yang kami mahukan lalu memberikan arah. Kami pon mula berjalan kaki menuju ke arah yang dikatakan sebentar tadi selama lebih kurang 10 minit.

Sampailah kami dikawasan tol lebuh raya itu. Kami pon mula memegang kertas A4 tertulis SEOUL dengan pen berdakwat biru yang dilukis bagi nampak tebal. Hampir 15 minit kami menunggu, tiada hasil, semua kereta yang lalu lalang hanya memecut laju melepasi kami. Aku mula mencari alternatif lain, kami bergerak kehadapan lagi agar kereta yg berhenti di tol sempat membaca signboard kami. Dengan izin penjaga tol, kami berdiri betul-betul di pondok ambil tiket. Setiap orang yang lalu mesti membaca signboard kami. tapi tidak ada yang berhenti. Ada juga yang meminta maaf kerana tidak membantu, aku hanya senyum mesra. Dalam hati, kami berdoa lagi agar ada yang sudi berhenti.

Tiba-tiba penjaga tol sebentar tadi memanggil kami dengan membawa peta ditangan. Dia mula bercakap dengan Xiao Wei, aku yang sedang berdiri memegang signboard menghampiri kerana aku lebih faham bahasa korea lebih dari Xiao Wei. Penjaga tol itu, menjelasakan bahawa kebanyakkan kereta yang lalu disini tidak pergi ke Seoul . Tiada kereta yang direct ingin ke Seoul. Ah sudah, kami sudah pon menahan signboard selama hampir setengah jam dengan menahan kesejukan dek kerana angin pagi dan angin dari kereta yang lalu lalang. Penjaga tol intu memberi kami alternatif lain, dia menyuruh kami mencari kereta yang ingin ke Gumi, Gamcheon atau Daejeon. Jadi kami bertiga masing-masing memegang signboard berlainan destinasi.

Setelah sejam(9.40 am to 10.40am) kami berdiri disitu menahan sejuk dan menebalkan kulit muka, Alhamdulillah, akhirnya ada juga sebuah kereta yang sudi mengambil kami. Pemandu kereta ini merupakan seorang pak cik dalam lingkungan 40-an . Bahasa inggerisnya tidak terlalu fasih tapi masih boleh difahami. Dia juga ramah berbicara mengenai anaknya, dan rajin mengajar kami perkataan dalam bahasa korea. Pakcik ini bersetuju membawa kami ke Daejeon. Perjalanan ke Daejeon mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

Didalam kereta, aku mula berasa lapar. jadi aku pon bertanya kepada pak cik itu dalam bahasa korea,
"Pak cik dah makan?" itu hanyalah soalan trick nak bagi hint dekat dia yang aku sedang lapar.haha .Pak cik itu kata dia sudah makan, tapi selepas itu dia masuk ke kawasan hentian rehat. Mungkinkah dia faham soalan trick aku itu?? Dia memarkir kereta dan bertanya kepada kami, adakah kami ingin minum kopi. kami iyakan sahaja. Aku juga turut membontoti pak cik ini masuk ke kedai GS25. Dia menyuruh aku memilih air mana yang berkenan di hati, aku pilih susu vegetarian dan kopi untuk kawan-kawan ku. Pak cik itu yang membayarkan minuman kami. Selepas itu dia belikan kentang grilled dan walnut ball, mcm kaya ball tp ade walnut dan red bean dalam tu . Yeahhh, aku bukan la berniat untuk dia belikan sume ini untuk kami, cuma berharap dia berhenti agar aku dapat beli makanan.. Tapi bak kata orang, rezeki jangan di tolak. :D

Kami memulakan perjalanan semula, Di dalam kereta kami bersembang lagi dan kelas bahasa korea pon bermula semula. Pak cik itu tanya makanan korea apa yang kami suka makan. Jujur kata ku, aku x de la suka sangat makanan korea. Mungkin sebab mostly makanan yang aku makan adalah seafood atau vegetarian jadi apa lah sedapnya makanan tanpa daging T.T . Tapi aku katakan saja aku suka Kalguksu. sebab itu saja makanan yang aku tau yang boleh di makan. Selepas itu pak cik itu ajak kami makan tengahhari bersama .

Sampainya kami di Daejeon, pak cik itu membawa kami ke restaurant Kalguksu siput sedut.. yeah sudah aku agak dia akan belanja makan. Sebab tu awal-awal aku sebutkan nama makanan yang aku boleh makan. *GENIUS!* . Bagaimana untuk aku describe kan rasa kalguksu ini. Sup yang tawar? well , makanan ini x punya banyak rasa tapi masih sedap. Kami makan sahaja, asalkan perut kenyang. Melihat kan harga makanan itu, wow mahalnya 8000. Apa yang penting , jimat duit kami..hehehe.

Selepas makan, pakcik itu membawa kami semula ke tol di Daejeon. untuk memulakan semula misi mencari kereta untuk hithchike ke Seoul pula, Kami berpisah disitu dan mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu. Kami dengan semangat yang berkobar mula menaikkan kertas A4 kami, mencari kereta yang sudi. Kami buat benda yang sama seperti di lebuhraya Gyeongbu. Tapi tiba-tiba, datang la mak cik jaga tol yang melarang kami melakukan itu. Kami sudah merayu untuk diizinkan, tapi tidak, di membuat panggilan ke mana kami x tahu. dan dia menyuruh kami pergi ambil bas ke seoul. Dalam bahasa korea yang tidak aku fahami, aku rasa dia cakap, kalau kami x pergi dia akan call police. Aishhh geramnya hati kami.

Akhirnya kami terpaksa beralah dengan kuasa authority mereka. Mereka memberi direction ke tempat tiket bas. Dan kami terpaksa berjalan lebih kurang 3KM untuk ke terminal bus Daejeon. Kami ambil bas terawal ke Seoul yang berharga 9600won.

Perjalanan dari Daegu ke Seoul sepatutnya hanya mengambil masa 4 jam, tapi sebab kami Hitchiking dan banyak dugaan, kami sampai di Seoul 8 jam selepas kami keluar dari univeristy kami. Penat sangat haritu, Tapi kami gembira.

Sekurang-kurangnya, aku berpuas hati dengan pengembaraan kali ini, aku dan kawan-kawan dapat buktikan yang kami boleh dapat kereta untuk hitchhike kepada orang-orang yang negative ttg pilihan kami. Aku berpuas hati dengan pengalaman ini dan aku berpuas hati dengan jumlah wang yg jimat..HOHO.

Terima Kasih Allah, sebab jaga kami sepanjang hari itu.

Now it's Picture Time :

Signboard yang berjaya .di tulis oleh penjaga tol


Xiao Wei. Dia yang berjaya dapatkan kereta

Ini la kentang grilled tu.. Kentang dia comel je bulat bulat kecil. letak garam sikit dan makan. Rasanya? rasa kentang je. Selalu kalau dekat highway, ini lah benda yang aku makan sebab dia je kenyang dan halal, IAllah. Tapi harga dia mahal la, 2000-3000 won (RM6-RM9).Size ini, harganya 3000 won dan aku dpt free..hohoho

Jangggg!!! Ini lah pak cik yang baik hati itu


Wallnut balll



Inilah kalguksu siput sedut tu. nampak x hijau2 tu? tu la siput sedut. Nampak x warna dia? x menarik sangat kan? hehe Tapi banyak dan sangat kenyang. 8000 won

Inilah muka kami selepas terpaksa berjalan kaki sejauh 3KM. No regrets and still happy... POSITIVE!

Station bus


Hala tuju kami.
 Done..

Thanks baca and hope korang happy baca post ni, leave a comment and like ..

1 comment:

  1. wah.. mmg tak dinafikan yang Korea terkenal dengan budaya berjalan kaki. Masyarakat sana mmg suka bjlan kan, permukaan tanah yang bukit bukau.. kalau saya yang duk sana hari2 jalan boleh kurus, disamping makanan mereka yang sihat dan segar.

    ReplyDelete