Saturday 27 September 2014

Couchsurfing Jeonju Hari ke 2

Assalammualaikum,

Memandangkan aku punya perancangan untuk ke Jeonju adalah sangat2 last minute, di mana aku tiba2 sahaja mendapat host. Jadi 2 hari selepas mendapat jemputan dari Yunsang aku terus ke Jeonju menaiki bas. Jadi aku tidak tahu banyak tentang tempat2 menarik di Jeonju selain dari Hanok Village.
Pada hari kedua, aku bangun awal sebab semalam nya aku dh masuk membuta awal.

Keluar sahaja dri bilik, selepas memberus gigi.Aku disambut mesra oleh omma, dia sudah menyiapkan sarapan pagi. Aku mahu menolong tp sudah dilarang awal2.Jadi aku duduk disofa dan makan epal yg diberi. Serba salah jugak duduk macam puteri. Tp kalau dibuat juga takut mereka marah. Sebab bukan budaya mereka tetamu tolong buat kerja. Semalam aku nak basuh pinggan pon tak bagi. Selepas makanan siap semuannya, aku pon makan sarapan bersama Jiyoung, adik Yunsang. Jiyoung berusia 17 tahun. Comel dan baik, Bahasa Inggeris Jiyoung x sebagus abangnya, tapi masih boleh dibawak berbual. Selepas makan, kami hanya duduk menonton televisyen yang sememangnya tidaklah aku faham sepatah haram. Jadi aku mengambil peluang ini meminjam komputer untuk online Fb dan mengupdate status serta memberitahu kepada keluarga dan kawan2 yang aku selamat dirumah mereka.

Pada hari ini, Yunsang tidak ade bersama aku kerana dia perlu pergi ke tempat kerja. Dia kerja part time untuk kumpul duit travel ke India dan Nepal. Aku,Jiyoung dan Omma berbual2. Omma bertanya pada ku, kenapa x buka tudung. Tiba-tiba, datang Yunsang dri arah biliknya dan menjawab " Sebab saya, haha". Lalu dia pon menjelaskan kepada ibunya mengapa aku memakai tudung seperti yang telah aku jelaskan pada dia semalam. Haha aku rasa sangat comel bila dia menyalahkan dirinya yang menyebabkan aku x boleh buka tudung. Lalu ibunya berkata "Nanti Yunsang keluar boleh la buka tudung". Oh comelnya .. Bila Yunsang sudah keluar dan dalam rumah itu hanya ada kami bertiga, ibunya suruh aku membuka tudung. Tapi aku x buka pon, sebab aurat dengan wanita bukan Islam pon sama je macam lelaki.

Oh, sebelum Yunsang keluar rumah, Yunsang ade menyuruh ibunya mencuba memakai hijab. Haha aku berasa gembira sekali apabila ibu Yunsang ingin mencuba memakai hijab. Kami bergambar bersama. Ibunya sangat comel..haha



Selepas itu, aku menyambung surfing internet. Tiba- tiba, aku lihat ibu Yunsang sudah bersiap2 di hadapan cermin, Lalu aku bertanya, Nak pergi mana?. Ibunya kata dia ingin ke majlis perkahwinan anak kepada rakannya. Mendengarkan majlis perkhawinan, aku, dengan muka tak malu meminta izin untuk ikut sekali . Ye la, bukan mudah nak tengok korean wedding. Dah peluang ade di depan mata haruslah aku kutip dengan segera. Ibu Yunsang mengizinkan aku ikut bersama. Aku berasa sangat teruja. Aku bersiap dengan segera dan menunggu kakak Yunsang datang, Jisu Eonni. Kami ke wedding hall menaiki teksi.

Sesampainya disana, ibu Yunsang bertemu rakannya dan memberikan wang pada mereka. Aku bertanya pada Jisu Eonni, berapa jumlah yang di beri. Katanya, untuk teman baik 100,000 won( Rm300) manakala yang biasa2 shj 30,000 won(RM90). Terkejut beruk aku mendengarnya. Kalau di Malaysia, dpat rm10, tu pon dh besar rahmat..ade je yg kedek bg RM1.==' . Selepas itu, kami naik ke tingkat ats untuk makan, aku hanya mengambil menu vegetarian dan seafood sahaja.


Jisu Eonni and Omma, she beautiful.

Dewan Makan
Selepas makan, kami menunggu di luar dewan. Aku yang curious, lalu bertanya ape yang kita sedang tunggu. Jisu Eonni kata, kita tengah tunggu wedding orang lain habis. Oh begini rupanya. Satu wedding hall, share ramai2. Selepas satu, satu. Jom tengok gambar:
Ibu pengantin lelaki dan perempuan

I do, I do 
Mendengar ceramah selepas say i do..yang pasti aku x paham


After the wedding


Wedding tu x lama pon, Ada lah dalam sejam je. Lepas tu kami pon balik. Aku sempat pergi ke rumah mak mertua Jisu Eonni, sebab dia nak amik anak dia, Hagwon, 4 tahun.

Sampai di rumah, Kami bersiap untuk ke Maisan. Maisan adalah gunung yang berbetuk telinga kuda. Nantikan sambungannya nnt, sebab post dah cukup panjang dan aku sudah penat menaip..hehe

Thanks Baca.leave a comment and share.
Assalammualaikum.

3 comments: