Friday 4 July 2014

South Korea: Airport Free Transit Tour

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya aku diberikan peluang untuk mengupdate blog kaki semut ku ini.
Dah nak masuk 4 bulan selepas aku meninngalkan bumi Kpop, baru harini aku berkesempatan nak update dalam blog tentang pengembaraan aku disana. Aku akan mulakan dengan Seoul.

Itinari aku kat korea adalah Seoul-Jeju-Busan-Seoul.

Pada 18 March 2014, tepat jam 1 pagi, aku dan kak lang sudah berada dalam perut kapal terbang yang akan menerbangkan kami ke negara yang sudah menjadi igauan dalam mimpi kami sejak setahun yang lalu, dimana kami membeli tiket pada 7 April 2013 semasa promo Air Asia.
Muka excited !

Lebih kurang pukul 8 pagi kami selamat tiba di Incheon International Airport, kami bertemu dengan seorang kakak yang belajar di korea dalam kapal terbang, namanya kak Tini.comel orangnya. Dia yang temankan kami sampai kami keluar ke departure hall dan kami pon berpisah disana.


Kak Tini :)


Memandangkan flight kami untuk ke jeju adalah pada pukul 6 petang, kam ada lebih kurang 4-5 jam lay over di airport. oleh itu kami mengambil keputusan untuk ronda2 sekitar airport untuk mencari maklumat2 yang dapat membantu kami sepanjang berada di Korea, kebetulan kami terjumpa satu Tour percuma yang disediakan oleh pihak airport. Tour ini totally free. namanya : Korea Free Transit Tour.

Bas yang digunakan untuk bawa kami berjalan2

Tempat pertama

Kucing gemuk yang comel

Hung Ryun Sa
Muka mengantuk habis plus mula dijangkiti virus batuk sebab time ni,jerebu kuat kat malaysia

Attraction ke 2-ini package 2 jam

Baca la board tu tuk tahu nama tempat huhu

Monumen

Lupa this man's name..Tp dia la yang tolong s.Korea masa perang dulu




So kami amik 2 package: 1 package 1 jam dan satu lagi package 2 jam. Mereka bawak kami ke Shrine mana entah dah tak ingat namanya, dan stu lagi memorial park tuk United Nation kot..Sorry memory dh x dpt recall nama tempat..anyway, kami just follow je tour guide tu. Berbaloi amik package ni, just perlu bayar 3000 won untuk insuran. Tapi, bagi saya, sesuai untuk diambil jika anda ada layover dekat airport..kalau x de, x perlu pon x pe. So masa kami digunakan dengan baik di airport.

Diingatkan, jika anda ingin ambil package ini, anda dibenarkan meletakkan bag anda di kaunter mereka. Kami tidak tahu dan terpaksa membayar 5500 won untuk simpan bag ditempat yg disediakan pihak airport T.T, rugi duit kami..hahaha, diingatkan juga, tempat letak bag kat Incheon airport agak susah nak cari, signboard macam ape entah, kami x pham, jenuh pusing2 baru jumpa..nama dia x macam nama tempat letak bag je..sorry, x ingat namanya ape..tp ini bukan masalah sgt, nnt anda bleh tanya kat kaunter.

Kami beli T-Money dengan harga 13000 won,10000 untuk kredit, 3000 untuk kad.

Kami naik arex untuk ke Gimpo Airport dan Alhamdulillah, perjalanannya mudah..
Saya suggest, jika anda budget travel, naik je la arex tu, murah sangat kalau nak dibandingkan dengan bas yang mereka sediakan dan tak terlalu sukar jugak.
Dalam bas nak ke Flight
    
Jeju here we come

No comments:

Post a Comment