21 September 2013
Jeonju, 8.20am
Aku sekarang berada di Jeonju. Ini adalah Pengalaman pertama aku untuk couchsurfing. Aku sampai di Jeonju menaiki bas yg tiketnya memang mahal sekali 18,100 one way. aku sampai semalam pada jam 1.50pm. Kehadiran ku disambut baik oleh Yunsang dan adiknya Jiyoung yang merupakan host aku di Jeonju. Aku tinggal bersama keluarganya yg terdiri dri mak ayah dan adik perempuan nya. Disebabkan Yunsang tinggal bersama keluarga aku menerima jemputannya untuk couchsurf. Keluarga Yunsang tinggal di Hanyang Apartment di tingkat 12.
Selepas sampai di rumah mereka untuk meletak beg. Yunsang membawa aku ke Jeonju Hanok Village menaiki bas. Dia membayar tiket bas untuk ku. Hampir setengah jam perjalanan kami sampai di station bus dan berjalan untuk sampai ke Hanok Village selama lebih kurang 10min. Yunsang membawa ke berjalan bersama dengan seorang rakan perempuannya bernama Karam. Dia pemalu orangnya, tetapi comel.. hehe. Mereka membawa aku makan di Veteran Restaurant yang terkenal dengan kalguksu. Mereka membayarkan makanan ku yg berharga 5000won.
Selepas makan, kami berjalan2 sekitar hanok village. Hari ini hari sabtu, suasana di Hanok padat dengan manusia berbagai ragam. Ada yang berkeluarga bersama anak2 kecil, ada yang sedang hangat bercinta. Di sepanjang jalan Hanok Village dipenuhi dengan gerai makanan yang pastinya hanya dpt aku lihat ㅠ. ㅠ. Kebanyakan kedai makan disini dipenuhi orang. Mereka berbaris panjang di sepanjang jalan dihadapan kedai. Khabarnya kedai2 ini sangat terkenal.
Selepas penat berjalan, kami makan patbingsu kacang. Patbingsu merupakan makanan seperti ais kacang, tp aisnya berbeza dri ais kacang kita. Aisnya diperbuat dri susu dan ianya sangat halus. Macam salji(mcm pernh pegang salji je ==)
Kami pulang kerumah selepas makan patbingsu. Dan menaiki bas yg memakan masa lebih kurang 20minit.
Dirumah, kami makan malam bersama2. Ibu Yunsang membuatkan japchae dan kami makan bersama nasi, kimchi telur puyuh masin dan ikan mackerel. Selepas makan, kami berbual2 di ruang tamu. Aku juga semoat memasakkan maggi kari untuk Jiyoung dan Yunsang. Kami berbual lagi sehingga jam 10.00 malam, kemudian aku pon masuk tido.
|
Karam and Me |
|
Yunsang and me |
|
Kalguksu |
|
"I might be the first muslim king in Jeonju" said Yunsang |
|
Hanok Village from Up |
|
600 years old tree |
|
Patbingsu |
Perkara yang aku x nak lupa tentang Yunsang adalah, dia sangat memahami dan protective. Sebelum aku sampai ke rumahnya, sudah aku beritahu awal2 bahawa aku tidak bleh bersalam atau bersentuhan dengan lelaki. Jadi, pada pendapat aku, oleh sebab itu la Yunsang membawa Karam bersama, Semasa kami berjalan bertiga, aku berada di sebelah Yunsang, tiba2 kami terlanggar sedikit kerana ramai manusia. Serta merta itu juga Yunsang meminta maaf lalu menukar kedudukannya ke sebelah Karam. Haha , aku sangat terharu.
Apabila di Korea ni, aku boleh berangan jadi retis sikit, Pasalnya, ramai yang akan tengok2, dan kalau ade peluang, nak tangkap gambar bersama. Masa aku nak tangkap gambar kat Hanok Village punya signboard dtg sorg pak cik nk tgkp gambar dengan aku, pakcik tu macam rapat2 dengan aku, al maklum la, nak tgkap gambar kan. Pastu pakcik tu mcm pegang la tgn aku tuk bg rapat sikit dlm gambar, serta - merta Yunsang menghalang pakcik tersebut dri menyentuh aku dengan memberitahu cara baik bahawa aku x boleh bersentuhan dengan lelaki.. I'm so touched.
|
Ini lah pak cik tersebut |
|
Aku retis kat korea ..haha |
what a great experience! teringin nak coachsurfing jugak, tp macam tak sedar diri pulak >_<
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletefeeling retis tu pon sy penah alami. haha. waktu tu kat area non attraction di china (changAn, shangxiajiubu, and few places) ats urusan kerja.
ReplyDeleteimajin masuk kawasan industri pkilangan diorang je, rmai local jadi kepala kekura. masuk watson (well surprisingly they have one!) cari pncuci muka pon smpai 4-5org dok kerumun tanya nk apa (they tot i cant speak chinese and instead of jawab balik soalan diorg, i choose to biarkan je n tengok reaksi diorg). masuk mall pon kena kerumun jugak smbil meneka depan2 kami ni berasal dari mna, ada yg teka sy bangsa xinjiang (bangsa muslim di china) tapi ada jgak yg teka sy dri india! wuwuwuw sedey!
semua gara2 sbb hijab yg sy pkai dan kulit yg x bape nk fair ( -.-")v
nice experience..baiknya yun sang :)
ReplyDeleteSeronok dengar cerita Yun Sang protective.. betul. if kita cerita baik2 camner agama kita.. dorang akan respect and jaga.. Thanks share your story.. sbb saya pun akan ke Jeonju nanti.. trip with friends.. 8 org.. ramai.. at least ada idea nak ke mana..
ReplyDeleteHave fun dekat korea..boleh try cari kalguksu tu..veteran kalguksu x silap nama dia.. famous area hanok village tu
Delete