2.11am-Malaysia
Flight D518,klia2-busan
Ketika ini, suasana dalam kapal terbang sunyi. Anak kecil yang tadinya menangis, kini sudah tenang. Barangkali sudah tidur dipangkuan ibunya. Aku kini duduk di kerusi 26B. Pada awalnya disebelah kanan ku ini kosong x berpenghuni. Tetapi selepas hampir satu jam penerbangan, datang seorang lelaki korea ingin duduk disini. Entah mengapa dia beralih dari tempat asalnya, tidaklah aku ketahui. Disebelah kiri ku ini juga seorang lelaki korea yang agak tinggi, berbaju kemaja kotak2, berlengan panjang, rambutnya pula bersikat tepi style artis korea dan diwarnakan perang. Namanya JiHyun, datang dari Masan, sebuah bandar berhampiran Busan, dia ingin pulang ke tanah air selepas 8 bulan bekerja di Australia, penerbangannya ini dari Australia ke Busan dan hanya transit di Malaysia selama 9 jam. Orangnya ramah. Kami berbual2 berkongsi cerita selama satu jam, selepas itu kami senyap.. dia kini sedang tidur.. aku pula sedang menaip cerita ini. Suasana dalam kabin kini terang benderang, belakang badan ku mula lenguh, tidak selesa duduk tegak begini. Tapi harus bagaimana lagi, inilah perkhidmatan penerbangan kos rendah. Redha sahaja la. Nasib, aku sudah siap siaga dengan tuala.. Boleh la aku lilitkan di mata bila ingin tidur nanti. Aku sebenarnya sudah mengantuk. Pagi tadi aku bangun awal, masih tidak tidur sampai sekarang. Tapi aku sedang menunggu makanan yang akan dihidangkan sebentar lagi. Perut ku belum lapar, petang tadi aku makan selagi mampu. Cuma sekarang aku benar-benar dahagakan air. Selalunya aku minum banyak. Tapi sekarang mana boleh bawa air naik kapal. Jadi aku sedang menunggu air yang dihidangkan padaku.. Sekarang, air yang ku nanti sudah ada didepan mata, dihidangkan seorang pramugari Korea yang manis mukanya. Bau makanan sudah memenuhi kabin membuatkan aku berasa lapar. Tapi aku perlu tunggu kerana ada banyak lagi masa aku didalam kapal ini.
5.20am-Malaysia time
Baru lepas makan nasi ayam uncle chin. Boleh la.. tp sekarang rasa mcm mulut berbau garlic la pulak.. macam mana nak bersembang dengan orang sebelah ni. Perut ni pon satu hal, asal naik kapal terbang mula la rse nk kentut la ape la.. tunggu la turun kapal dulu baru nk kentut please. haha
8.25am-Selamat sampai di Busan Airport
10.10am-Kami 9 orang disambut oleh buddy irfan yang masih aku x ingat namanya ape. Orangnya kecil sahaja. Tapi sangat baik, dia sediakan roti dan minuman dlm kotak utk kami semua. Alhamdulillah roti yang diberi ialah roti kekacang. Airnya pula air buah. Dia juga membantu kami membelikan tiket bas untuk ke daegu. Orang korea ini memang pemurah pada pemerhatian aku. Dahulu, masa aku dengan Hyun bo pon dia belanja aku dan kak lang juga.
11.20am-sekarang kami sedang berada dalam bas menuju ke Daegu, kami ambil airport limousine sebab lebih mudah untuk bergerak memandang kami semua membawa beg yang amat banyak dan beratnya, tuhan sahaja yang tahu. beg sandang aku bersama laptop gemuk tu sahaja sudah 10kg,beg tarik dan kotak makanan pula sudah 29 kg.. ini baru sahaja aku. Irfan bawak sampai dua beg tarik, dia nak pindah terus korea agaknya. haha tiket bas berharga 7000won
1.29pm- perjalanan sejam lebih kami, berakhir pada jam 12.30pm, kami dijemput oleh beberapa lagi buddy yang semuanya comel - comel belaka. Mereka ramah dan baik hati. Hujan renyai-renyai menemani sepanjang perjalanan kami dari Busan ke daegu, aku tidur sepanjang perjalanan kerana mengantuk dan tidak mendapat tidur yang nyenyak semasa dalam kapal terbang tadi. Kami menaiki teksi dari station bas ke KNU, tambang teksi ialah 5000won,tetapi dibayar oleh seorang buddy bernama SuJin, ingin aku bayarkan separuh tapi dia menolak. Apa lagi yang boleh aku lakukan, dah orang menolak memang aku x kan paksa untuk terima. Sekarang sedang mendaftar untuk dormitory.
3.22 pm- setelah sejam lebih kami menunggu dihadapan pejabat untuk proses pendaftaran masuk ke dalam dorm, akhirnya, kami selamat berada dalam dormitory. Bilik aku no 414, ditingkat empat. aku berkongsi bilik dengan huda dan umi bersama seorang pelajar dari Estonia, namanya Kristi. Orangnya ramah, rambutnya blond dan diwarnakan merah dihadapan. umurnya 27 tahun. Dia belajar dalam bidang Asia Timur dan juga komputer sains. Bilik ini luas dan selesa sangat. terdapt 4 rak buku bersama meja belajar. Mejanya luas dan selesa. Paling menarik sekali ialah di dalam bilik ini terdapt juga aircond. Dah macam hotel rasanya. Kami akan duduk dibilik ini selama seminggu sebelum berpindah ke dorm baru yg lebih selesa. Sistem keselamatan dorm disini memang bagus.. pintunya berkunci sepanjang masa. Bila hendak masuk perlu masukkan no pin dan scan vascular pattern? aku x pasti mcm mana.. tp kami perlu meletakkan tangan di mesin tersebut kemudian baru pintu akan terbuka. Di tandas pula, nasib baik mereka ade menyediakan bidet, sekurang- kurangnya selesa la sedikit hendak membuat bisness. hoho
9.40pm- Pada jam 6.30pm tadi selepas hampir 2 jam dapat melelapkan mata, kami keluar untuk makan. Sungwoo membawa kami makan bibimbap di sebuah restoran berdekatan. bibimbap yang disediakan hanya mempunyai sayur dan telur bersama sos . dihidangkan bersama ialah kimchi, jagung dan macaroni, ketam goreng tepung dan sup taufu dengan taucu. Kami makan sampai kenyang. Alhamdulillah. Selepas itu kami pon pulang ke dorm masing2 untuk sambung berehat.
Alhamdulillah, perjalanan harini berjalan dengan lancar.. aku gembira berjumpa rakan2 korea yang baru. Cabaran kami disini ialah untuk mencari kiblat dan juga untuk mengejar waktu solat. Semogo Allah melindungi kami dari meninggalkan solat serta makanan yang tak halal. Mohon perlindungan dari Allah agar menyelamatkan kami dari tersentuh lelaki2 bukan muhrim disini.. Disini mereka tidak tahu batasnya.. Jadi, kami la yang perlu bertanggungjawab atas diri sendiri ..
Bestnya dapat balaj dan stay sana. saya berpeluan g ke sana tahun lepas seminggu duduk sana rasa macam taknak balik. syioknya... orang2 die cantik. Yer hakikatnya semua dah pun plastik surgery tetap gak cantik..tggi kurus.
ReplyDeleteawak kat sana blaja apa. brape tahun.?? Harap kita boleh berkawan alamaklumlah ni 1st time singgah blog ni. hihi.. Salam perkenalan
Saya belajar sebagai exchange student je, sampai bulan 1..
DeleteBest2 wlaupun xchange student..
DeleteWaaaa bestnya.. Jaga diri nt kt sane.. Rindu nk jejak teddy bear museum n meyondong nite market
DeleteBestnya
ReplyDelete:p
Delete