Showing posts with label Couchsurfing. Show all posts
Showing posts with label Couchsurfing. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Malaysia Aku Kembali

Assalammualaikum,

Setelah empat bulan berada di bumi Korea.. Akhirnya aku telah selamat kembali ke negara tercinta. Perasaan ketika hendak meninggalkan bumi korea ketika itu, ade lebih gembira dari sedih. Mungkin kerana aku sudah terlalu rindu dengan kepanasan Malaysia, rindu dengan makanan Malaysia dan paling penting aku rindukan keluarga ku terutama sekali ibu dan abah.

Banyak perkara aku belajar sepanjang 4 bulan di Korea. Walaupun aku hanya mengambil dua mata pelajaran shaja semasa di Korea, tp aku telah timba banyak pengalaman yang menarik.

Semasa di Korea, aku banyak belajar tentang agama. Walaupun jauh dari guru agama, walaupun jauh dari kelas agama tapi aku masih belajar serba sedikit tentang agama. Antaranya, semasa aku di Korea aku belajar tentang syarat2 solat jamak dan qasar. Mungkin ini perkara yg hampir semua tau, tp adakah semua orang jelas tentang syarat2nya? Ketika di Korea, aku lebih jelas tentang syarat2 rukhsah solat ini. Aku juga belajar tentang menentukan kiblat.. Kerana di negara Korea sgt sukar untuk mencari tempat untuk solat dan Hp aku juga x boleh digunakan untuk mencari kiblat sebab hp murah ini tiada compass. Aku belajar mencari kiblat dengan melihat arah matahari dan juga yakin dihati bahawa itulah kiblatnya.

Aku juga gembira kerana sepanjang 4 bulan di Korea aku semakin mahir bercakap dalam bahasa Korea.. walaupun tidak la lancar.. tetapi sekadar perbualan ringkas itu alhamdulillah boleh la sikit2.. Selain itu juga aku boleh faham sedikit perbualan orang dlm bahasa korea..sangat seronok rasanya belajar bahasa baru. Dari 10 bintang, bahasa korea aku boleh la takat 2 bintang..Nak belajar lagi bahasa ini

Di korea aku jumpa ramai orang yang baik2..mereka ramah sekali dengan kami dan mereka juga sangat curious dengan hijab yang kami pakai. Aku gembira kerana dapat menceritakan serba sedikit tentang Islam kepada mereka. Melalui penceritaan tentang Islam kepada mereka, aku belajar lebih lagi tentang Islam. Aku lihat banyak video tentang Islam.. aku belajar untuk memudahkan aku menjelaskan dengan lebih baik kepada mereka dan dalam masa yanga sama aku juga belajar. Di Korea, aku jumpa keluarga Korea baru. Satu keluarga di Jeonju dan satu keluarga di Seoul.. Mereka baik-baik sekali..Aku akan sentiasa mengingati jasa baik mereka. Satu hari aku akan datang kembali sebab hatiku separuh sudah di Korea.hehehe

Pulang dari Korea, aku lebih menghargai kepanasan Malaysia.. Musim sejuk di Korea terlalu sejuk, pakai tebal2 pon masih sejuk. Rimas rasanya dengan kesejukan di Korea. Pulang dari Korea aku lihat Malaysia lebih indah dari biasa. haha Korea memang sebuah negara yang Indah tp Malaysia juga tidak kalah. Pulang dari Korea, aku juga nampak kelemahan Malaysia dari segi pengangkutan awam. Masih banyak perlu diperbaiki. Terutamanya pengangkutan awam di kawasan pendalaman. Harap ianya boleh diperbaiki lagi di masa akan datang.


Pengalaman di Korea memang sangat menarik...Aku bersyukur pada Allah kerana memberi ku peluang ini. Aku berterima kasih pada ibu dan abah yang dh



Jiyoung

Jiyoung and friends

Appa

Omma



Monday, 29 September 2014

Couchsurfing: Jeonju-Maisan Part 2

Assalammualaikum,

Selepas kami pulang dari majlis perkahwinan yang sangat megujakan itu, omma sudah bersiap2 untuk ke Maisan pula. Aku juga sudah menyalin pakaian yg lebih sesuai untuk berjalan. Kami menunggu untuk beberapa minit kerana Jiyoung bru nak mandi. Selepas itu kami pon bertolak.

Perjalanan ke Maisan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Apabila hampir sampai ke Maisan, pemandangan sekitar dihiasi dengan sawah padi yang menguning indah dengan padi yang menunduk kebumi. Indah sekali pemandangan tersebut yang turut dikelilingi barisan gunung yang berdiri megah.
Indah bukan?

Aku sebenarnya berasa terharu kerana keluarga ini sanggup membawa aku ke Maisan walaupun jaraknya agak jauh. Sudah aku katakan pada Yunsang, jika jauh, aku tidak kisah kalau x pergi ke Maisan, asalkan tidak membebankan, tp Yunsang tetap berkeras dan akhirnya keluarganya bersetuju membawa aku kesini dan sampai lah juga aku ke Gunung Telinga Kuda ini.

Jalan ke Maisan

Nampak x sipi2 telinga kuda? Gunung dri kanan no 2..yg kat blakang gunung besar. X nampk sudah..nnt tgk gambar lain

Batu yang disusun jadi tower

Ni penghujung journey ke Maisan. Tapsa (Tap Temple)


Omma


Pak Cik ni la yg susun batu2 ni semua sorang2 katanya. Dia dh meninggal 50 tahun dah


Selepas hampir dua jam bergambar dan berjalan di Maisan, kami pon pulang. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi mata ku dihidangkan dengan pemandangan indah alam ciptaan Allah.. Gunung ganangnya indah sekali. Ayah Yunsang membawa kami ke arah satu kawasan di mana kita boleh melihat Maisan dengan lebih jelas.
Ada nampak cam telinga kuda x? aku nampak macam telinga kucing je


Lepas tu Ayah Yunsang berhenti kat satu tempat, macam tasik buatan, ada air pancut. Just nak jalan2 je. Orang korea ni memang suka jalan-jalan.sebab tu banyak yg sihat-sihat.

Omma, Appa and Hagwon

Just Air Pancut

Panorama


Lepas tu, kami naik kereta nak pulang. Dalam perjalanan pulang, aku teruja melihat bunga2 indah yang liar di tepi jalan. Appa terus memberhentikan kereta di kawasan bunga itu untuk memberi peluang pada aku tangkap gambar dan menikmati makhluk Allah yg indah itu,

Ini bunga Kosmos..Comel sangat

Ohhh bulatnya muka ku.. Sila amati bunga sahaja..


Bee and flower? Awesome :D

Mereka meliar begini..SUBHANALLAH.
Selepas itu kami pulang ke rumah. Sebelum sampai rumah, keluarga ini beli aiskrim banyak2. Memang murah jugak la..Dan di rumah, omma masak ttokguk.. Rice cake soup. Sedap memang sedap, tp penat la mulut aku nak kunyah rice cake alah tu, punya la liat. Liat punya pasal, aku pon x nk tambah lagi.haha

Malam tu pula aku pergi Deokjin park. Ok sambung lagi sebab pos kali ni dh cukup panjang. Thanks baca dan Jumpa lagi. 

Assalammualaikum.

Saturday, 27 September 2014

Couchsurfing Jeonju Hari ke 2

Assalammualaikum,

Memandangkan aku punya perancangan untuk ke Jeonju adalah sangat2 last minute, di mana aku tiba2 sahaja mendapat host. Jadi 2 hari selepas mendapat jemputan dari Yunsang aku terus ke Jeonju menaiki bas. Jadi aku tidak tahu banyak tentang tempat2 menarik di Jeonju selain dari Hanok Village.
Pada hari kedua, aku bangun awal sebab semalam nya aku dh masuk membuta awal.

Keluar sahaja dri bilik, selepas memberus gigi.Aku disambut mesra oleh omma, dia sudah menyiapkan sarapan pagi. Aku mahu menolong tp sudah dilarang awal2.Jadi aku duduk disofa dan makan epal yg diberi. Serba salah jugak duduk macam puteri. Tp kalau dibuat juga takut mereka marah. Sebab bukan budaya mereka tetamu tolong buat kerja. Semalam aku nak basuh pinggan pon tak bagi. Selepas makanan siap semuannya, aku pon makan sarapan bersama Jiyoung, adik Yunsang. Jiyoung berusia 17 tahun. Comel dan baik, Bahasa Inggeris Jiyoung x sebagus abangnya, tapi masih boleh dibawak berbual. Selepas makan, kami hanya duduk menonton televisyen yang sememangnya tidaklah aku faham sepatah haram. Jadi aku mengambil peluang ini meminjam komputer untuk online Fb dan mengupdate status serta memberitahu kepada keluarga dan kawan2 yang aku selamat dirumah mereka.

Pada hari ini, Yunsang tidak ade bersama aku kerana dia perlu pergi ke tempat kerja. Dia kerja part time untuk kumpul duit travel ke India dan Nepal. Aku,Jiyoung dan Omma berbual2. Omma bertanya pada ku, kenapa x buka tudung. Tiba-tiba, datang Yunsang dri arah biliknya dan menjawab " Sebab saya, haha". Lalu dia pon menjelaskan kepada ibunya mengapa aku memakai tudung seperti yang telah aku jelaskan pada dia semalam. Haha aku rasa sangat comel bila dia menyalahkan dirinya yang menyebabkan aku x boleh buka tudung. Lalu ibunya berkata "Nanti Yunsang keluar boleh la buka tudung". Oh comelnya .. Bila Yunsang sudah keluar dan dalam rumah itu hanya ada kami bertiga, ibunya suruh aku membuka tudung. Tapi aku x buka pon, sebab aurat dengan wanita bukan Islam pon sama je macam lelaki.

Oh, sebelum Yunsang keluar rumah, Yunsang ade menyuruh ibunya mencuba memakai hijab. Haha aku berasa gembira sekali apabila ibu Yunsang ingin mencuba memakai hijab. Kami bergambar bersama. Ibunya sangat comel..haha



Selepas itu, aku menyambung surfing internet. Tiba- tiba, aku lihat ibu Yunsang sudah bersiap2 di hadapan cermin, Lalu aku bertanya, Nak pergi mana?. Ibunya kata dia ingin ke majlis perkahwinan anak kepada rakannya. Mendengarkan majlis perkhawinan, aku, dengan muka tak malu meminta izin untuk ikut sekali . Ye la, bukan mudah nak tengok korean wedding. Dah peluang ade di depan mata haruslah aku kutip dengan segera. Ibu Yunsang mengizinkan aku ikut bersama. Aku berasa sangat teruja. Aku bersiap dengan segera dan menunggu kakak Yunsang datang, Jisu Eonni. Kami ke wedding hall menaiki teksi.

Sesampainya disana, ibu Yunsang bertemu rakannya dan memberikan wang pada mereka. Aku bertanya pada Jisu Eonni, berapa jumlah yang di beri. Katanya, untuk teman baik 100,000 won( Rm300) manakala yang biasa2 shj 30,000 won(RM90). Terkejut beruk aku mendengarnya. Kalau di Malaysia, dpat rm10, tu pon dh besar rahmat..ade je yg kedek bg RM1.==' . Selepas itu, kami naik ke tingkat ats untuk makan, aku hanya mengambil menu vegetarian dan seafood sahaja.


Jisu Eonni and Omma, she beautiful.

Dewan Makan
Selepas makan, kami menunggu di luar dewan. Aku yang curious, lalu bertanya ape yang kita sedang tunggu. Jisu Eonni kata, kita tengah tunggu wedding orang lain habis. Oh begini rupanya. Satu wedding hall, share ramai2. Selepas satu, satu. Jom tengok gambar:
Ibu pengantin lelaki dan perempuan

I do, I do 
Mendengar ceramah selepas say i do..yang pasti aku x paham


After the wedding


Wedding tu x lama pon, Ada lah dalam sejam je. Lepas tu kami pon balik. Aku sempat pergi ke rumah mak mertua Jisu Eonni, sebab dia nak amik anak dia, Hagwon, 4 tahun.

Sampai di rumah, Kami bersiap untuk ke Maisan. Maisan adalah gunung yang berbetuk telinga kuda. Nantikan sambungannya nnt, sebab post dah cukup panjang dan aku sudah penat menaip..hehe

Thanks Baca.leave a comment and share.
Assalammualaikum.

Thursday, 25 September 2014

Pengalaman Couchsurfing Pertama di Jeonju

21 September 2013 Jeonju, 8.20am Aku sekarang berada di Jeonju. Ini adalah Pengalaman pertama aku untuk couchsurfing. Aku sampai di Jeonju menaiki bas yg tiketnya memang mahal sekali 18,100 one way. aku sampai semalam pada jam 1.50pm. Kehadiran ku disambut baik oleh Yunsang dan adiknya Jiyoung yang merupakan host aku di Jeonju. Aku tinggal bersama keluarganya yg terdiri dri mak ayah dan adik perempuan nya. Disebabkan Yunsang tinggal bersama keluarga aku menerima jemputannya untuk couchsurf. Keluarga Yunsang tinggal di Hanyang Apartment di tingkat 12. Selepas sampai di rumah mereka untuk meletak beg. Yunsang membawa aku ke Jeonju Hanok Village menaiki bas. Dia membayar tiket bas untuk ku. Hampir setengah jam perjalanan kami sampai di station bus dan berjalan untuk sampai ke Hanok Village selama lebih kurang 10min. Yunsang membawa ke berjalan bersama dengan seorang rakan perempuannya bernama Karam. Dia pemalu orangnya, tetapi comel.. hehe. Mereka membawa aku makan di Veteran Restaurant yang terkenal dengan kalguksu. Mereka membayarkan makanan ku yg berharga 5000won. Selepas makan, kami berjalan2 sekitar hanok village. Hari ini hari sabtu, suasana di Hanok padat dengan manusia berbagai ragam. Ada yang berkeluarga bersama anak2 kecil, ada yang sedang hangat bercinta. Di sepanjang jalan Hanok Village dipenuhi dengan gerai makanan yang pastinya hanya dpt aku lihat ㅠ. ㅠ. Kebanyakan kedai makan disini dipenuhi orang. Mereka berbaris panjang di sepanjang jalan dihadapan kedai. Khabarnya kedai2 ini sangat terkenal. Selepas penat berjalan, kami makan patbingsu kacang. Patbingsu merupakan makanan seperti ais kacang, tp aisnya berbeza dri ais kacang kita. Aisnya diperbuat dri susu dan ianya sangat halus. Macam salji(mcm pernh pegang salji je ==) Kami pulang kerumah selepas makan patbingsu. Dan menaiki bas yg memakan masa lebih kurang 20minit. Dirumah, kami makan malam bersama2. Ibu Yunsang membuatkan japchae dan kami makan bersama nasi, kimchi telur puyuh masin dan ikan mackerel. Selepas makan, kami berbual2 di ruang tamu. Aku juga semoat memasakkan maggi kari untuk Jiyoung dan Yunsang. Kami berbual lagi sehingga jam 10.00 malam, kemudian aku pon masuk tido. 


Karam and Me

Yunsang and me

Kalguksu

"I might be the first muslim king in Jeonju" said Yunsang

Hanok Village from Up


600 years old tree

Patbingsu

Perkara yang aku x nak lupa tentang Yunsang adalah, dia sangat memahami dan protective. Sebelum aku sampai ke rumahnya, sudah aku beritahu awal2 bahawa aku tidak bleh bersalam atau bersentuhan dengan lelaki. Jadi, pada pendapat aku, oleh sebab itu la Yunsang membawa Karam bersama, Semasa kami berjalan bertiga, aku berada di sebelah Yunsang, tiba2 kami terlanggar sedikit kerana ramai manusia. Serta merta itu juga Yunsang meminta maaf lalu menukar kedudukannya ke sebelah Karam. Haha , aku sangat terharu. 


Apabila di Korea ni, aku boleh berangan jadi retis sikit, Pasalnya, ramai yang akan tengok2, dan kalau ade peluang, nak tangkap gambar bersama. Masa aku nak tangkap gambar kat Hanok Village punya signboard dtg sorg pak cik nk tgkp gambar dengan aku, pakcik tu macam rapat2 dengan aku, al maklum la, nak tgkap gambar kan. Pastu pakcik tu mcm pegang la tgn aku tuk bg rapat sikit dlm gambar, serta - merta Yunsang menghalang pakcik tersebut dri menyentuh aku dengan memberitahu cara baik bahawa aku x boleh bersentuhan dengan lelaki.. I'm so touched.

Ini lah pak cik tersebut

Aku retis kat korea ..haha