Aku bangun kul 7 dan breakfast kul 7.30 di hotel, sebab hotel kami memang dah include breakfast. Makanan yang hotel sediakan simple je, tapi sedap dan sangat mengenyangkan , ada roti, telur, salad dan buah2..sangat satisfying la .Lepas breakfast, kami kemas beg, check out pukul 9.30
Kami jalan kaki sahaja dari hotel ke Taroko. Kenapa aku jalan kaki? Kerana aku ingat dekat je.. Rupanya~~ Ya Allah jauh sangat ☹ Dengan kaki nia yang sakit sebab pakai kasut fake. Actually, aku tak kisah sangat jalan tu, sebab aku enjoy je. Tapi kesian kat nia mok mok kaki dia sakit ☹ Aku cuba cari kot-kot ada la tempat sewa scooter kat situ.Tapi tak Nampak kedai yang buka, plus time tu pagi lagi.
|
Ni depan hotel kami, aku book di booking.com nama dia Hong Ying B&B. Senang la duduk sini sebab hotel dia sekali dengan restoran, boleh la order. |
Aku rse ada la dekat 1km kiteorang jalan dari hotel tu ,kitaorang sampai kat Taroko Visitor Centre. Dekat situ, aku tanya macam mana nak ke Shakadang dan Swallow Grotto. Lepas tu orang tu cakap jalan je kat terowong(Shakadang Tunnel) kat bawah tu.So aku pon ikut la arahan dia. Kami pon jalan je la dalam terowong gelap gelita tu. Masa berjalan tu, dah sampai halfway terowong(330 meter dari pintu masuk terowong), aku nampak ada satu exit di seberang jalan
|
View dekat sini sangat cantik |
Aku decide untuk cross jalan raya yang bahaya dalam terowong gelap tu untuk ke exit tu. Sebab dia bercahaya2 macam pintu ke syurga compare dengan terowong yang gelap dan tak nampak penghujung tu kan..hahaha
XIAOZHUILU TRAIL
Rupanya itu adalah entrance ke Xiaozhuilu Trail. Lama jugak aku duduk depan entrance tu dan tengok peta yang aku ambil kat centre tadi untuk pastikan aku dijalan yang benar. Tapi aku tak paham sangat..dasar perempuan hahaha
Aku tengok ada ramai juga keluarga Taiwanese yang lalu situ.. so I suppose this must be correct. So aku decide to proceed trail ni.Dekat trail ni ada, jambatan gantung kayu dan tali serta pemandangan sungai Liwu yang cantik dan panjang trail ni adalah 650m.
|
Jambatan Gantung |
|
Nia yang kepenatan.haha |
Aku sejujurnya sangat enjoy jalan kat sini, sebab cantik dan tenang. Tapi aku rasa nia tak suka, sebab kaki dia sakit. Tapi dia masih strong berjalan slow dengan tenang sambil cuba have fun. Di penghujung trail xiaozhuilu ni, kiteorang Nampak jambatan yang sangat tinggi. Signboard cakap, kat atas jambatan tu la ada Shakadang Trail. So aku dan nia pon panjat la tangga dengan penuh penat Lelah. Sebab tadi dah jalan jauh, kene plak naik tangga tinggi..
Akhirnya sampai jugak kami di entrance Shakadang trail dan baru lah reality memukul aku bila aku toleh ke kanan dan ternampak pintu keluar Shakadang Tunnel tadi! Kalaulah aku jalan terus je tadi dalam terowong tu, tak perlulah kiteorang melencong berjalan kaki sejauh 650m..Tapi aku x menyesal. It’s worth it. It’s just memang sepanjang kami jalan-jalan kat sini aku kesiankan nia.
SHAKADANG TRAIL
|
Shakadang trail kat bawah tu, nampak tak ada manusia kecik2? |
|
Ada sungai yang biru, tapi dari jauh je nampak.tapi masih cantik.Gambar ni kiteorang zoom |
Disebabkan kami dah penat dengan Xiaozhuilu Trail, makanya di Shakadang Trail kiteorang jalan sikit je, maybe dalam 500m gitu. Tangkap2 gambar sikit lepas tu patah balik dan kami tunggu bas di station bas berdekatan dengan jambatan Shakadang tu untuk ke Swallow Grotto pula sebab memang jauh. Aku nak pegi ke sini sebab aku tengok google gambar sungai dia biru sangat-sangat..Dan aku seumur hidup memang tak pernah tengok sungai sebiru dalam gambar tu.. Tapi malangnya, masa aku sampai situ, diaorang buat construction apa entah berdekatan dengan sungai membuatkan airnya menjadi kelabu..keciwa hatiku ini. Tapi aku masih enjoy melihat burung layang-layang yang terbang antara dinding-dinding gunung mencari makan.Mungkin kami spend dalam 20 minit disini. Lepas tu kami naik bas untuk balik ke hotel.
|
Air sungai ni patutnya biru, tapi kelabu kali ni.i'm sad haha |
|
Terowong di Swallow Grotto |
Dalam bas, aku tak tahu turun kat mana, sepatutnya turun kt Taroko sebab ni paling dekat la kiranya dengan hotel kiteorang, tapi bas tu tak berhenti pun dan aku pun confuse nak turun kat mana.so kiteorg turun dekat visitors center which is atas lagi la dari entrance taroko tu dan menapak lagi la kiteorang tengah-tengah hari rembang ke hotel..
Sampai je di hotel, kami tanya orang hotel ada tak kedai vegetarian berdekatan situ, sebab kitaorang dah sangat-sangat lapar sebab jalan banyak, dia ckp kedai dia bleh masak makanan vegetarian.. Jadi kiteorg pon order la nasi goreng vegetarian.. and bungkus ikan mackerel tuk mkn mlm, nia pulak bungkus nasi ngan udang rebus. Lepas makan kiteorg pon tunggu bas. sbb nk kejar train pukul 4.53pm.tapi bas x ada.. teksi pon x ada.. lama kiteorg tggu dlm 20 minit.. bru ada bas.. tambang bas 25 je sorg.. kiteorg naik teksi smlm sampai 160..mahal gila babeng.. memandangkan kiteorg lambat.. terpaksa beli bas pukul 6.20😅ðŸ˜ðŸ˜.. tapi bas 6.20 ni murah sikit dri bas 4.53.haha..so aku tak kisah sgt sbb dpt la bernafas kejap.. rehat dan solat di station sementara tggu train.. Kami sampai Taipei kul 9.45pm
|
Nasi Goreng vegetarian |
|
Sekali dengan seaweed soup.dap2 |
|
Udang ni hanyir sikit,sebab rebus.i don't like |
|
Ni sedap |
Masa di Taipei, nia dh mula tunjuk tanda-tanda awal allergic reaction sebab makan udang besar,dia dah mula gatal-gatal badan. Aku risau kalau dia muntah or cirit birit je.. gegas cari yakult sebab yakult ni memang bgus la nak lawan allergic dia. Nasib baik tak ada apa yang serious. Kami pon cari hotel yang kiteorg duduk masa 1st day dan check in. Malam tu terus rehat sebab we had such a long day.
Untuk hari keempat, Saya kembali ke Taipei dan pergi ke Chiang Kai Shek, Maokong Gondola dan Taipei 101. (DAY 4 - KLIK SINI)
No comments:
Post a Comment