Assalammualaikum,
Alhamdulillah , syukur kepada Allah diberikan kesempatan lagi kepada aku untuk menjelajah buminya yang serba luas dan indah ini..
Misi perjalanan kami kali ini adalah untuk menakluki Golden Triangle India, iaitu Delhi, Agra dan Jaipur pada 19 o 26 March 2019 yang lalu
Sebenarnya, aku tidak pernah pasang angan-angan untuk ke India..kerana aku lebih sukakan negara2 yang maju, bersih dan indah. Jadi india tidak pernah ada dalam list aku.
Tapi, apa yang membuatkan aku terbuka hati untuk ke India adalah kerana ada kawan aku nak pergi ke India untuk melihat Taj Mahal. Dan aku terbuka hati nak ikut juga kerana bagi aku, India adalah sebuah negara yang aku x berani nak pergi sendirian atau nak pergi dengan kumpulan wanita sahaja. Hal ini kerana, sudah banyak berita tentang kes rogol di India.. Aku jadi takut untuk ke sana sendiri.
Tapi alhamdulillah, kali ini aku pergi dengan sebuah kumpulan yang agak besar yang merangkumi 3 lelaki dan 3 perempuan. Jadi kami beli tiket 1 tahun awal jugak sebab masa tu AA tengah buat promotion free seat . Sepatutnya 7 orang, tp 1 org cancel atas sebab yang x dapat di elakkan.
Ok, le't start the story of Delhi Day 1
Arrival
Kami sampai ke Delhi lewat malam, pada jam 10. Memandangkan kami sampai lewat, aku decide untuk deal dengan hotel kami lebih awal untuk service airport shuttle untuk mengelakkan drama tengah2 malam buta. Alhamdullillah, airport shuttle kami ok, tak ada apa-apa masalah.
Kami duduk di Area Paharganj, kerana area ni yang banyak hostel2 murah untuk orang-orang backpackers. Sampai je kami ke area hotel kami, sepanjang perjalanan masuk ke kawasan hotel kami di sambut dengan bau yang hancing.. hehehe
Ye, sudah terselah kekotoran bandar delhi pada malam itu. Kami dapat rasakan, udaranya berhabuk dan berbau. Terdapat ramai orang tido diatas beca jualan mereka berbumbungkan langit dan berselimut dengan selimut yang agak lusuh.
Pertama kali kami menggunakan service di India, kami sedikit culture shock apabila driver van meminta tips dari kami. Sedarlah kami rupanya di India, mereka suka minta tips pada pelancong. Kami pon bagi je la, sbb dah malam, malas nk fikir. Settle urusan check in , kami di bawa masuk ke bilik untuk berehat.
Nama hostel : Hindustan- by Backpackers Heaven
Rating: 3/5 la kot
Tempat selesa, cumanya dia ada bela anjing yg super big.haha kebersihan pon biasa je.lantai x bersih sgt sebab aku rasa diaorang pakai kasut dalam blik jugak.so lantai memang kotor, berhabuk.
Day 1( 20 March)
Hari pertama kami agak berterabur, kami tiada satu itinerary plan yang solid. Kami keluar dari hotel dan melihat suasana pagi di sekitar hotel dan berjalan sepanjang di Main Bazaar Paharganj.Pada waktu tu x ada kedai yang buka lagi. Kawasan disitu memang kotor, sampah sarap merata2.
Kami berjalan dan tengok ada metro station berdekatan (Ramakrishna Ashram Marg Metro Station) so kami decide untuk try naik metro dia. Kami naik metro untuk ke Chadni Chowk, sebab sorang kawan aku kata kat situ la tempat best nk shopping.
Oh yea, pada masa ni, kami tak ada internet lagi.nak beli data pon x ada kedai yang buka.sebab tu kami macam merayau2 je dulu dan decide naik metro sebab bila ada metro ni kita nampak la map dan hala tuju sikit kan.
Dalam metro orang terlalu pack macam tin sardin . bila sampai ke destinasi, kami keluar dari metro tu macam meletup keluar, even aku x sempat pusing pon, sebab tak ada tempat nak pusing, jadi aku keluar tu pon dalam keaadan mengundur dan ditolak-tolak.
Kami naik beca mula2 dia minx 200 rupee.. bawak ke masjid jama dan karim.. lepas tu dia bawak plak ke kedai2 merepek dan mahal2.. last2 dia minta lebih.. bodoh.. kami akhirnya beri 350
naik train ke agra.. aku ingat sleeper class tu sebuah train yg selesa yg ada langsir dan tilam.. rupanya x.. mmg style india habis.. kerusi keras dan katil ada 3 tingkat. tingkat ke dua kene pasang sndri.. aku seram je tgk.. last2 kami hnya duduk shj. tiket ni murah.. rm12 je
21 March 2018
Kami tido hanya 3 jam je.. sampai ke hotel dri delhi jam 1 am.. Harini kami ke Agra.. amik guide 800 rupee including tips.. terbelanja expensively di taj mahal souvenier shop.. skali kluar ada budak jual murah.. and driver taxi kami ckp bende yg kami beli tu bukan marble.. taj mahal mini aku 950 rupee..
taj mahal sangat cantik.. Taj Mahal siap dalam masa 22 tahun.. pada tahun 1653..di tajmahal ada 16 garden dan 53 fountain.. Shah jahan nmpknya mmg plan dh nk taj mahal siap pada 1653..architecture di tajmahal sangat detail.. ukiran marble di dinding dibuat dengan tangan.. dan hiasan bunga2 dia dinding tajmahal diperbuat daripada batu2 bernilai dri macam negara contohnya, new zealand iran, pakistan dan africa..
kami makan lunch dia kedai mkn mcm mewah sikit.. taxi bawak.. hrga quite mahal.. kami habis 750 kt sini.
kami pergi ke agra fort.. tp tak amik guide kali ni.. hnya tgkap gambar.. dri agra fort boleh nmpk taj mahal dri jauh.. x masuk pon x pe kot. haha 500 rupee masuk.. padahal tuk rakyat india 50 rupe je
22 march 2018
kami makan di happy hour restaurant.. 1km from hotel.. briyani dia sedap.. kami makan mcm2 roti.. total habis 390 rupee
Kami naik bas dri agra ke Jaipur.. lagi 20km nk sampai ke Jaipur tayar bas kami pecah dan tertanggal.. dalm 10 minit menunggu kami dpt naik bas non Ac pulak... haha satu pengalaman menarik .
conductor bas baik ,hantarkan kami ke depan hotel, sbb bas dia mmg lalu hotel tu. conductor bas tu have good education background berdasarkan apa dia cerita la..ada master n degree n tgh buat phd..
aku tnya dia, ni kene extra charge ke..dia kata x, dia sje nk tolong
baiknya
23 march
kami duduk di hotel paramount, malam smlm tu bergaduh sbb tak nak tmbah harga bilik..sje je dia suh aku tmbah utuk bilik aircond..padahal bilik x de aircond ada je..bila dia tnya kita nk duduk bpe malam, aku sje ckp aku nk dua malam, tp maybe nk cri hotel lain..terus dia bagi bilik yg elok..x guna betui perangai
harini kami naik teksi shj tuk jalan2, pergi jal mahal tuk tgkp gambar..teksi dia mahal gila..padahal tmpt lawatan sgt sikit... nk pergi amer fort kene tmbh duit 550 lagi.geramnya aku,tp dpt diskaun 450...padahal amer fort tu x perlu pon tmbh duit aku rse..bukan susah sgt route dia..
total van rsnya 2550..mahal untuk india..tp klu bhgi 6 x mahal sgt..tp agra kiteorg dpt 1500 je one day..
Cerita tamat disini, sbb x update di note, dh lupa semua( update 10/5/2024)