Ditingkat dua,betul2 hadapan West Gate |
Kami menaiki tangga tersebut tetapi malangnya tiada seorang pon disitu. Kami turun semula, sekurang - kurangnya kami menjumpai tempat ini, mudah untuk Irfan solat Jumaat nanti. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk mencari kedai Pakistan yang turut dikatakan berada di kawasan sekitar, tapi kami tidak mencari lama kerana kami yakin tempat ini tiada kedai sebegitu kerana sebelum ini kami sudah pon tawaf seluruh bandar T. T. Jadi kami pon masuk semula kedalam KNU, sekarang kami bergerak ke Global Plaza dengan harapan nak mencari KSA, iaitu Kyungpook Students Ambassador, dengan motonya "we will help you! ", kami ingin mencari maklumat restoran halal atau cara-cara untuk bergerak di luar universiti. Tapi malangnya kami x berjumpa mereka. Jadi kami pon keluar semula dari bangunan GP tersebut.
Setelah keluar, Aku dan Izyan mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan lagi di pagar North Gate. Kami berjalan-jalan melihat kawasan sekitar. Kaki ku mula sakit kerana berjalan terlalu lama. Aku rasa kami sudah berjalan selama 3-4 jam. kami menjumpai restoran makanan laut, aku bercadang untuk mencuba, tetapi aku tidak yakin pula untuk bercakap dengan pemilik kedai. Jadi kami keluar semula dari restoran tersebut. Beberapa blok kemudian, aku ternampak menu di satu cafe "Melon bingsu", nampak sedap. Jadi aku dan Izyan masuk ke dalam kedai tersebut dan membuat pesanan. harganya 11,000 won, bersamaan dengan rm 33. Memang mahal tapi sedap, jadi berbaloi la apabila dibahagi kepada 2. Selepas makan dengan gembira, kami pon pulang, perjalanan pulang mengambil masa setengah jam dengan berjalan kaki T. T.
Selepas makan, kami berjalan semula ke West gate, kerana pada petang tadi, aku mendapat maklumat dari seorang senior yang pernah ke KNU sebagai Pelajar pertukaran bahawa terdapat kedai runcit halal berdekatan dengan KIC dan kami ingin mencarinya. Sampainya kami ke west gate, kami melihat KIC bercahaya, jadi kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam untuk berjumpa saudara Islam disana dan meminta bantuan mencari restoran halal yang lain. Alhamdulillah, Islam agamanya indah, hamba yang mengikuti agama ini dengan hati yang ikhlas pasti menjadi hamba yang baik sesama manusia. Kami mendapat maklumat tentang restoran halal, dan juga saudara disana menunjukkan kami, kedai yang kami cari, New World Mart. Kami seperti kanak2 riang, gembira menjumpai kedai tersebut dan akhirnya kami pon membeli aiskrim sahaja kerana tidak berniat untuk membeli apa2,hanya ingin mengetahui kedudukannya agar nanti apabila perlu, tidak susah mencari.
Update: Kami dapati, ramen yang kami makan mungkin terdapat serbuk daging lembu atau babi. Semoga Allah ampunkan kami :'( |