Saturday, 5 July 2014

South Korea: Jeju-Mysterious Road and Psyche World

sambungan :
Hokay, first day kami kat Jeju kami x ada planning lagi..Kami x makan breakfast ape pon, terus keluar je.
Bawak kereta dan mula nak panik sebab tak tahu guna GPS. Tapi panik tu sekejap je, kami doa pelan2 dalam hati mintak petunjuk dari Allah. Doa orang musafir ni makbul, Alhamdulillah kami jumpa cara nak guna GPS tu.

So kakak aku tanya nak pergi mana. Aku pon tengok buku lonely planet dan cakap, jom kita ke Mysterious Road. dan kami pon setkan la GPS ke MR. Sepanjang perjalanan tu, kakak aku cam gelabah sikit sebab dia bru first time bawak kereta belah kiri, and ada banyak signboard menunjukkan attraction2 yang ada di Jeju.

Sesampainya kami di MR , kami macam terpinga-pinga..MANA MYSTERIOUS ROAD YANG DIGEMBAR GEMBURKAN?! HAHAHA..

Dia hanyalah sebatang jalan yang penuh kereta, so kalau ko nak tetiba berhenti kat situ pon macam bahaya..aku pon garu kepala la dan kami decide untuk cari tempat lain..Berdasarkan brouchers yang kami kutip kat airport, ade stu tempat yang namanya Psyche World. Kakak aku la yang nak pergi sangat tempat ni. Sepanjang aku buat research ttg jeju, x pernah aku bertemu dengan nama Psyche World ni..Tapi kami plan nak gamble je, memandangkan PW ni satu jalan (kami guna peta jeju untuk tgk perjalanan kami dan kedudukan sesuatu tempat).

Entrance Fee: 9000won.


Ini adalah sesuatu yang agak menarik, dimana mereka menggunakan kumbang yang sudah diawet dan susunkan mereka dalam perlbagai situasi..gambar menunjukkan kumbang tengah main tali skipping.

Kumbang tengah bina dolharubang.


Patung2 yang menunjukkan lifestyle zaman dulu kala di korea..


Ni bilik Mirror..Kiri kanan mirror and memang delusional dalam ni kejap..haha tp best jugak
Aku dan kak lang

So review aku tentang tempat ni, masa kami sampai, tempat ni agak krik2 maybe sebab kami smpai pagi. Tapi tempat ni bagi aku biase shaja. cuma aku memang sukakan yang kumbang2 tu..menarik sgt dan comel. Walaupon biasa2 sahaja, aku gembira kat sni, haha dan kami dapati, orang2 tua amat suka tempat ni T.T, hahaha.
Actually ada banyak benda lagi kat dalam ni..tp yang menarik bg aku adalah kumbang dan cermin shaja..dia lebih kurang macam museum seni. sbb Psyche ni mcm nama artist or maybe dewa dewi? entah la.hohoho

South Korea: Jeju-Cara guna GPS Kereta Sewa Korea,AJ rental car

ini cara penggunaan GPS, aku bukan paham pon ape dia cakap..aku just randomly tekan button yang nampak macam logik untuk digunakan..hahaha

Step 1: TEKAN BUTTON INI

Step 2: Tekan button yang ats kiri..

Step 3: tuliskan nama tempat dalam tulisan korea..Disini lah dimana anda perlu tahu nama korea bg sesuatu tempat di jeju

Step 4: tekan butang ini.

Macam guesthouse kami, dia x ada dalam gps, so kami kene key in sendri alamatnya..kene guna button lain..Disini la anda perlukan ilmu membaca tulisan korea so that anda tahu daerah mana anda nak pergi..maaf x ada tutorial yang itu, sbb itu pon sy kobek2 sendri..tapi buttonnya seingat saya ialah button yang ade logo mcm surat..cuba laa tekan yg itu


South Korea: Jeju Island-part 1

Sambungan:

So, kami pon fly ke Jeju menggunakan kan Air Busan. saya beli tiket ke jeju sebulan lebih awal dan mendapat harga yang agak murah iaitu, 133200 won untuk dua orang, Gimpo-Jeju-Busan.

Kami spend lebih kurang 3 malam di Jeju. Kami sampai di jeju agak lewat, dalam pukul 8 camtu je. Penerbangan ke Jeju hanya mengambil 1 jam lebih shaja(i think).

Sesampainya kami disana, kami terus mencari kaunter AJ rental Car. Kami mengambil keputusan untuk mengunakan kereta sewa penjang kami berada di Jeju kerana melalui hasil carian saya, agak sukar mendapatkan public transportation di Jeju, dan kami berhasrat untuk pusing seluruh jeju selagi mampu.

Saya membuat tempahan kereta sewa dilaman web AJ rental car, sy memilih syarikat ini kerana  semasa saya survey harga, syarikat ini menawarkan harga yang murah. Kami menaiki bas yang disediakan syarikat itu untuk ke tempat dimana semua kereta sewa berada. Kelemahan syarikat ini adalah, customer servicenya langsung x reti bahasa enggeris..Maka bermula la sesi perbualan orang bisu antara kami dan saya menggunakan basic korean untuk bertanya harga dan cakap TQ. Kami sewa kereta Morning je, comel dan sgt sesuai untuk 2 -3 org traveller.nak muatkan smpai 5 saya rasa lebih baik ambil kereta lain kerana nanti ada ruang nak letak barang2 anda.

                                      


Kakak saya yang membawa kereta itu kerana dia memang pakar bawak kereta. diingatkan, driver kereta dikorea berada disebalah kiri, dan drive pon di lane kiri. Pada mulanya, kakak saya agak kekok, tapi lepas tu dia dah mula selesa.
Arrived in airport



Hilltop Guesthouse

Kami pilih bilik untuk 2 orang. 

Guesthouse kami book di Booking.com, mudah dan x perlukan apa2 charge deposit. Saya pilih GH ini sebab dia paling murah masa tu. Untuk sampai ke Guesthouse kami minta tolong pekerja AJ tu setkan dekat GPS menggunakan alamat yang diberi.Memang dekat dengan airport.

Untuk makluman, GPS syarikat ini 100% dalam korean, cuma bahasanya shaja, bila dia suh turn lef right tu je bahasa enggeris.so dinasihatkan agar bersedia dengan nama tempat yang anda nak pegi dalam tulisan korea dan saya bernasib baik, sebab saya boleh baca dan tulis korean. Amat membantu. Saya gunakan lonely planet untuk menuju ke satu2 tempat, sebab dekat lonely planet ada tulisan korean dia. dan juga gunakan brouchers2 yng dikutip dekat airport.

Friday, 4 July 2014

South Korea: Airport Free Transit Tour

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya aku diberikan peluang untuk mengupdate blog kaki semut ku ini.
Dah nak masuk 4 bulan selepas aku meninngalkan bumi Kpop, baru harini aku berkesempatan nak update dalam blog tentang pengembaraan aku disana. Aku akan mulakan dengan Seoul.

Itinari aku kat korea adalah Seoul-Jeju-Busan-Seoul.

Pada 18 March 2014, tepat jam 1 pagi, aku dan kak lang sudah berada dalam perut kapal terbang yang akan menerbangkan kami ke negara yang sudah menjadi igauan dalam mimpi kami sejak setahun yang lalu, dimana kami membeli tiket pada 7 April 2013 semasa promo Air Asia.
Muka excited !

Lebih kurang pukul 8 pagi kami selamat tiba di Incheon International Airport, kami bertemu dengan seorang kakak yang belajar di korea dalam kapal terbang, namanya kak Tini.comel orangnya. Dia yang temankan kami sampai kami keluar ke departure hall dan kami pon berpisah disana.


Kak Tini :)


Memandangkan flight kami untuk ke jeju adalah pada pukul 6 petang, kam ada lebih kurang 4-5 jam lay over di airport. oleh itu kami mengambil keputusan untuk ronda2 sekitar airport untuk mencari maklumat2 yang dapat membantu kami sepanjang berada di Korea, kebetulan kami terjumpa satu Tour percuma yang disediakan oleh pihak airport. Tour ini totally free. namanya : Korea Free Transit Tour.

Bas yang digunakan untuk bawa kami berjalan2

Tempat pertama

Kucing gemuk yang comel

Hung Ryun Sa
Muka mengantuk habis plus mula dijangkiti virus batuk sebab time ni,jerebu kuat kat malaysia

Attraction ke 2-ini package 2 jam

Baca la board tu tuk tahu nama tempat huhu

Monumen

Lupa this man's name..Tp dia la yang tolong s.Korea masa perang dulu




So kami amik 2 package: 1 package 1 jam dan satu lagi package 2 jam. Mereka bawak kami ke Shrine mana entah dah tak ingat namanya, dan stu lagi memorial park tuk United Nation kot..Sorry memory dh x dpt recall nama tempat..anyway, kami just follow je tour guide tu. Berbaloi amik package ni, just perlu bayar 3000 won untuk insuran. Tapi, bagi saya, sesuai untuk diambil jika anda ada layover dekat airport..kalau x de, x perlu pon x pe. So masa kami digunakan dengan baik di airport.

Diingatkan, jika anda ingin ambil package ini, anda dibenarkan meletakkan bag anda di kaunter mereka. Kami tidak tahu dan terpaksa membayar 5500 won untuk simpan bag ditempat yg disediakan pihak airport T.T, rugi duit kami..hahaha, diingatkan juga, tempat letak bag kat Incheon airport agak susah nak cari, signboard macam ape entah, kami x pham, jenuh pusing2 baru jumpa..nama dia x macam nama tempat letak bag je..sorry, x ingat namanya ape..tp ini bukan masalah sgt, nnt anda bleh tanya kat kaunter.

Kami beli T-Money dengan harga 13000 won,10000 untuk kredit, 3000 untuk kad.

Kami naik arex untuk ke Gimpo Airport dan Alhamdulillah, perjalanannya mudah..
Saya suggest, jika anda budget travel, naik je la arex tu, murah sangat kalau nak dibandingkan dengan bas yang mereka sediakan dan tak terlalu sukar jugak.
Dalam bas nak ke Flight
    
Jeju here we come