Friday, 26 January 2018

PENGALAMAN HARI PERTAMA DAN KEDUA DI TAIPEI

Salam,

Aku ke Taiwan bersama adik aku Dania..Taiwan aku pilih sebab time tu tiket murah.

Di bawah adalah cerita kami

Jadi tarikh travel kiteorg ialah 14-18 August 2017. Musim panas ye anak2..

Day 1- ARRIVAL
Aku tak tido sepanjang malam di airport. Alhamdulliah aku dapat tido sepanjang perjalanan dalam kapal terbang ke Taipei.

Kami tiba di Taipei jam 12.40pm
dan settle immigration around 1.30pm. Aku cari booth wifi yang aku dah book from Klook, Unlimited wifi RM11 per day je. Sangat murah la.

Lepas tu kami naik Mrt to Taipei Main Station TWD160, boleh naik bas.tapi bas lambat masa tu. Perjalanan aku tak ingat la berapa lama,maybe dalam sejam jugak kot. Sampai Taipei Main Station aku cari jalan untuk ke hotel. Sesampainya di hotel, nia nak tido dan rehat few hours sbb dia tak cukup rehat..tapi aku terlalu excited dan anxious..so aku x boleh tido..aku buat research dan plan our trip for the day.

Dalam MRT

Kepenatan si mok mok ni

Dekat dengan hotel kami, rupanya ada satu restoran beef noodle. Nama dia Chang’s Beef Noodle. Sebelah kedai ni pon ada satu restoran halal noodle jugak. Kami pilih yang kanan. Suka sangat makan kat sini sebab sedap. Sebab aku dan nia memang hantu masam, kami letak banyak jeruk sayur dia dalam beef noodle kami. Memang sedap sangat. Dan harga dia pon quite murah jugak


Beef noodle di kedai ni lebih berminyak

Makan beef noodle dengan dumpling.Tapi dumpling dia,kulit tebal sebab dibuat daripada tepung yang sama dia buat noodle tu




Lepas makan, kami ke train station untuk beli tiket ke Taroko. Aku beli on the spot sebab aku tak tahu macam mana nak beli online, aku x paham website dia.

Malamnya kiteorang pergi ke Raohe Night Market.. Bagi aku tempatnya tidak terlalu menarik.. lebih kurang sama seperti jonker walk di Melaka.. Dan disebabkan bnyk makanan tak halal dan kami pon masih kenyang dari noodle tadi. kami tak beli apa2. Nia hanya beli selipar sebab kasut time tu buat tapak kaki dia macam melecet/kematu camtu. Selipar mahal nak mampuih RM70. Otw nak balik ke hotel, kami mcm sesat dalam train station sebab train station dia belit dan sedikit confusing.. 1st day kan, take time jugak nak biasakan diri dengan MRT map diaorg. 


Day 2- TAIPEI GRAND MOSQUE

Kami bangun lewat pukul 9.30, maybe sebab penat semalam tak habis lagi. Pukul 11 check out dan simpan barang berapa barang dekat hotel. Kiteorang just bawak apa yang perlu untuk 1 malam sahaja. Lepas tu kami ke train station dan cari locker untuk simpan bag besar.

Dah settle sume kami menuju ke Taipei grand mosque
Dari Dongmen exit 5, and guna google map, kami jalan kaki sejauh 800m. Dicadangkan untuk sewa basikal YOUBIKE kalau tak larat jalan. Tapi kene guna kredit. card, dan dia akan charge NT2000. Tapi nanti dia akan cancel charge bila kita pulangkan basikal. kiteorg cuba.. tapi tak boleh, ada error. so jalan kaki je la
Bila tengok Google maps, aku rasa better turun Daan mrt.. dekat sikit. cumanya, aku tak tau exit berapa. Kami solat zohor dan rehat di masjid.








For lunch, kami makan di Halal Beef Noodle. Kami naik taxi dari depan masjid.. TWD150. Naik taxi sbb jauh dari masjid tu dan dah kebulur sangat, malas nak cari public transport. Aku rase jarak dia dlm 2km je dari masjid tu. Makanan kat sini agak mahal jugak. Masa tu aku ngan nia makan around RM80 jugak tuk dua org..Tapi kitaorang makan pon x bajet sangat..Sebab nia si mokmok hantu makan..aku mana bleh tgk je, kene gak makan apa dia makan…haha
Kalau nak datang sini, tengok operation hour dia tau, sebab kedai ni tutup time lunch dalam kul 2 gitu kot..kami pon datang nasib dia bukak lagi, tapi lepas tu dia tutup kedai, kami makan dalam kedai tutup..haha

My order..sedaap jugak, tapi aku prefer chang's noodle, sbb jeruk chang's nodle lebih sedap.

Aku order yang clear broth, dan nia order yang berminyak tu..sekali dengan dumpling..


SUN YAT SEN MEMORIAL

Dari kedai noodle bleh jalan kaki ke Sun Yat Sen Memorial Station.. masuk exit 1 dan keluar exit 4(ada tulis nama Sun Yat Sen). Dari kedai noodle guna google map, cari location Sun Yat Sen.. pastu follow dengan jalan kaki.

Di Sun Yat Sen, Kat situ ada guard yang tegak je macam patung depan statue tu. Depan statue tu, kami boleh nampak bangunan Taipei 101 dari jauh. Memang sangat strategik lokasi dia, sebab kita boleh bergambar dengan Taipei 101. Baru ada bukti dah sampai Taiwan kan.






Maaf, masa kami kat sini kami mmg tourist sangat, bukan traveller, datang tangkap gambar, lepas tu bla. Touch n go je la. Sebab kami rushing nak kembali ke Train station. Train kami ke Taroko pukul 5.

XINCHENG TAROKO TRAIN

Kami naik train ke Xincheng Taroko di platform 4, TRA pada 5.10pm, perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan kami sampai di Taroko Station tepat 8.06pm


Acah sikit

Practice DSLR sebab payah gila guna focus dslr ni..Macam ada problem pon ye, entah la

Sampai di station





Di sebabkan kami sampai malam, bas pon dah tak ada, elektrik pon tak de kat tempat tu..haha tak tahu la kenapa tak ada elektrik, tak ada ribut pun. Lampu jalan tak ada, gelap gelita sangat. Nia dah takut. Tapi aku rilek je haha.

Kiteorg tanya mak cik lokal kat situ, macam mana nk pergi hotel kiteorang tu, pastu mak cik tu baik hati tolong call kan teksi dan kos ke hotel TWD160 untuk 3.5km . Mahal jugak, tapi desperate kan.

Aku pilih hotel yang dekat dengan Taroko sebab aku nak jalan je ke Taroko tu. Biasanya orang lain akan duduk dekat Hualien, dan sewa scooter ke Taroko. Berdasarkan research aku, dari Hualien nak ke Taroko tu around 40 to 45min la.. Tapi aku tak nak sewa moto sebab aku risau, baca-baca somewhere katanya foreigner tak boleh sewa,kene lesen la apa la..aku malas nk research dah dan aku pon tak nak amik risk sangat, kene saman ke accident ke apa kan. Tak sanggup aku nak buat perut ibu kat Malaysia tak senang..haha



Lagipon kitaorang tak ada banyak masa di Taiwan untuk di buang di tempat-tempat yang tak ada apa sangat, pada pendapat aku.

Ok sambung hari ketiga kat sebelah ye---> 
DAY 3 -  KLIK SINI 


DAY 1 & 2 - KLIK SINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIK SINI
DAY 5 - KLIK SINI
 SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI

Saturday, 28 February 2015

Bukit Broga

Bukit broga adalah sebuah bukit yang terletak di Semenyih..  Bukit ini memang sudah lama aku teringin nak panjat sebab nukit ni famous gila.  Tahap kesusahan bukit ni adalah low.. senang sangat nak naik bukit ni. 

Aku pergi Broga under Seksyen Sukan HEP UM sebab senang sikit untuk aku yg tak tau jalan ni and bayaran dia pon bg aku berpatutan jugak.. rm10 je.. 

Kami mula naik bukit broga pukul 8.30am dan aku x ingat berapa lama mendaki tapi kejap sgt la.. maybe dlm 30-40 minit untuk sampai ke puncak pertama..  Bila sampai puncak pertama tu.. kami amik nafas la kejap.. selfie2 sikit..  tgkap gambar view yg cantik, lepas tu, aku sambung naik ke puncak ke 2..tp puncak kedua ni mmg sng sgt la.. pejam mata pon iAllah sampai.. View dari puncak kedua lagi cantik sebab boleh nampk punck kedua..  ishh x leh describe la cantik dia camne.. 

Rumput2 kat bukit broga ni,  baru je tumbuh.. sebab haritu ada kebakaran kat atas tu.. mungkin sebab panas sgt ke ape ke.  x tahu la.. tp bila rumput ni pendek, dia nmpk lagi cantik dan comel macam bukit teletubbies.

Sambung cerita.. bila sampai puncak kedua ni..  kami penat dah la.. mula2 rasa x mau naik puncak ketiga tu..  sebab dia nmpk tough sikit.. dan kami mmg dh penat.. Tp lepas 2-3minit rehat.. semput aku dh berkurangan dan aku dh tak penat.. Aku tgk je puncak ketiga tu.. Dekat sangt... sayang rasanya x naik..  Jadi aku decide untuk naik.. tp kawan aku x nak naik.. dia dah penat.  nak ke Puncal ketiga tu, actually x tough sgt la.. nak sampai puncak pertama lagi susah actually..  Bila dah sampai tu.. rasa happy jugak la bila nampak signboard Puncak Broga tu..  At least aku ade bukti aku pernah sampai puncak broga..  huhu.. pastu aku tgk ade org panjat batu.. aku pon panjat la.. wooo mmg feel.. haha duk rilek2 atas tu kejap.. menikmati keindahan alam yang Allah cipta.. Subhanallah.. tenang dan happy je masa tu.. ape pon x ingat.. penat mendaki pon lupa dah.. dengan angin yg sepoi2..uishh best betul.. Tengah feel2 tu kawan aku yg tadi x mau naik tetiba panggil.. rupanya dia naik jugak sbb bosan menunggu.. Good decision!

Masa turun tu agak tough sikit..  tp alhamdulillah berjalan dengan lancar.. And best sangat.. kalau ade program daki lagi aku mmg nak join.. huhu

Thats All..  Thanks for reading

Friday, 23 January 2015

Pyeongchang Trout Festival 2014/2015

Assalammualaikum..

Hari ni nak cerita tentang pengalaman pergi ke Pyeongchang Trout Festival..

Aku pergi ke PTF ni pada 2/1/2015 dengan adik aku dan seorang lagi mamat, nama dia Mus dan dia sebenarnya kawan kepada customer aku masa aku buat trip kat Busan dulu. Saja la aku ajak memandangkan di sorang-sorang jekat Korea ni.

Aku tahu temtang PTF ni pon sebab aku tgk dekat facebook page Korea Tourism.

Trout tu apa? trout tu macam sejenis ikan.. kat festival ni, diaorg boleh nak memancing ikan di atas ais. Ramai aku tgk family datang untuk memancing dekat sini. Tapi aku x pergi memancing sebabnya aku dah la x tau memancing dan bayaran masuk untuk memancing tu memang mahal.. x masuk lagi kene pulak beli alat2 memancing tu.. Kalau x dapat ikan kan bazir je duit.. So aku pon amik untuk main game je.. Adalah game yang disediakan.. bayaran dia pon boleh tahan mahalnya.. 22,000 won untuk main game.. Ade game sledding, skating, skating traditional, basikal ais dan ade la beberapa lagi.. Permainan dia simple2 je.. tapi best la jugak..

Kalau korang nak pergi ke PTF ni makesure la korang ade sunglasses.. Kalau orang macam aku, yang silau tinggi ni, mmg sakit mata.. Kenapa kau tanya? Bayangkanlah, salji putih suci murni tu disinari pulak cahaya matahari, memang menyilau.. sampai pening2 aku dibuatnya.. aku kene selalu pandamg bawah tuk mengelak sinaran salji.. haha

Memandangkan kami x memancing, kami ambil keputusan untuk makan ikan trout panggang.. Harga dia 20,000 won sekor dan kami amik pulak stew ikan trout yang berharga 10,000 won seperiuk. Boleh la kongsi2 3 orang. Tapi stew ikan trout tu, ikannya, tulang je.. sebab orang korea ni kan, diaorg suka makan ikan mentah cicah dengan cili cuka.. so isi ikan tu diaorg siat halus2 dan makan.. so bakinya diaorg buat la soup.. sebab tu "murah". nak merasa isi ikan mentah tu lain la plak harganya ã… . ã… 

Cara nak pergi ke PTF:
1. Pergi Dongseoul bus terminal (Gangbyeon Station ,Line 2)
2. Naik bus ke Jinbu (13,100 won/one way) perjalanan mengambil masa 2 jam setengah.
3. Sampai kat Jinbu je, keluar je dari kawasan tu cari arah sungai.dekat sangat2..Nanti boleh nampak dri jauh khemah2 festival

Dicadangkan dtg awal. naik bus pukul 7.00/7.30/8.00 am sampai sana dalam 10.30am dan boleh main sampai 5 petang.

Pengalaman yang menyeronokkan, kami spend one day kat sini. memang penat gila dan sangat sejuk.. Bila nak sembahyang, kami terpaksa sembahyang atas salji, byangkan la stokin dan salji je berlapik kan sehelai plastik.. Sejuknya Tuhan sahaja yang tahu..Tapi pengalaman tu seronok..haha

Ok korang have fun di Jibu nanti, x dapat memancing pon, makan ikan trout pon boleh la.. huhu


Pororo ice statue 
In the making

Ni bleh naik 2 kali..dh naik skali, beratur balik klu line x panjang, kami aritu naik skali je, lepas tu dh x sempat

Sledding

Ice bicycle


Trout panggang, sedap juga

Stew tulang ikan trout T.T

Wednesday, 21 January 2015

Malaysia Aku Kembali

Assalammualaikum,

Setelah empat bulan berada di bumi Korea.. Akhirnya aku telah selamat kembali ke negara tercinta. Perasaan ketika hendak meninggalkan bumi korea ketika itu, ade lebih gembira dari sedih. Mungkin kerana aku sudah terlalu rindu dengan kepanasan Malaysia, rindu dengan makanan Malaysia dan paling penting aku rindukan keluarga ku terutama sekali ibu dan abah.

Banyak perkara aku belajar sepanjang 4 bulan di Korea. Walaupun aku hanya mengambil dua mata pelajaran shaja semasa di Korea, tp aku telah timba banyak pengalaman yang menarik.

Semasa di Korea, aku banyak belajar tentang agama. Walaupun jauh dari guru agama, walaupun jauh dari kelas agama tapi aku masih belajar serba sedikit tentang agama. Antaranya, semasa aku di Korea aku belajar tentang syarat2 solat jamak dan qasar. Mungkin ini perkara yg hampir semua tau, tp adakah semua orang jelas tentang syarat2nya? Ketika di Korea, aku lebih jelas tentang syarat2 rukhsah solat ini. Aku juga belajar tentang menentukan kiblat.. Kerana di negara Korea sgt sukar untuk mencari tempat untuk solat dan Hp aku juga x boleh digunakan untuk mencari kiblat sebab hp murah ini tiada compass. Aku belajar mencari kiblat dengan melihat arah matahari dan juga yakin dihati bahawa itulah kiblatnya.

Aku juga gembira kerana sepanjang 4 bulan di Korea aku semakin mahir bercakap dalam bahasa Korea.. walaupun tidak la lancar.. tetapi sekadar perbualan ringkas itu alhamdulillah boleh la sikit2.. Selain itu juga aku boleh faham sedikit perbualan orang dlm bahasa korea..sangat seronok rasanya belajar bahasa baru. Dari 10 bintang, bahasa korea aku boleh la takat 2 bintang..Nak belajar lagi bahasa ini

Di korea aku jumpa ramai orang yang baik2..mereka ramah sekali dengan kami dan mereka juga sangat curious dengan hijab yang kami pakai. Aku gembira kerana dapat menceritakan serba sedikit tentang Islam kepada mereka. Melalui penceritaan tentang Islam kepada mereka, aku belajar lebih lagi tentang Islam. Aku lihat banyak video tentang Islam.. aku belajar untuk memudahkan aku menjelaskan dengan lebih baik kepada mereka dan dalam masa yanga sama aku juga belajar. Di Korea, aku jumpa keluarga Korea baru. Satu keluarga di Jeonju dan satu keluarga di Seoul.. Mereka baik-baik sekali..Aku akan sentiasa mengingati jasa baik mereka. Satu hari aku akan datang kembali sebab hatiku separuh sudah di Korea.hehehe

Pulang dari Korea, aku lebih menghargai kepanasan Malaysia.. Musim sejuk di Korea terlalu sejuk, pakai tebal2 pon masih sejuk. Rimas rasanya dengan kesejukan di Korea. Pulang dari Korea aku lihat Malaysia lebih indah dari biasa. haha Korea memang sebuah negara yang Indah tp Malaysia juga tidak kalah. Pulang dari Korea, aku juga nampak kelemahan Malaysia dari segi pengangkutan awam. Masih banyak perlu diperbaiki. Terutamanya pengangkutan awam di kawasan pendalaman. Harap ianya boleh diperbaiki lagi di masa akan datang.


Pengalaman di Korea memang sangat menarik...Aku bersyukur pada Allah kerana memberi ku peluang ini. Aku berterima kasih pada ibu dan abah yang dh



Jiyoung

Jiyoung and friends

Appa

Omma



Thursday, 27 November 2014

Allah's Love in Busan

My Story in Busan.

It was raining heavily when we were carrying our luggages from guesthouse to Choryang subway station. We do not have umbrella and we only cover our luggages with raincoat. The subway is not very far away though..While we were struggling to run from the rain and carrying our heavy bag, Suddenly , an ahjussi stopped his car, get out from his car and was calling me and he gave me a big umbrella. It happens so fast. But i was very thankful with the ahjussi.
Eventhough we didn't use the umbrella much as the subway station is very near, but when we arrive in Daegu. It is still raining and the bus service ended, we have take taxi. Unfortunately, the taxi driver drove us to the West gate of KNU which is far from my dormitory.Me and my friend have to walk in the rain. I feel so blessed with the umbrella. because of the Ahjussi's umbrella, we are not soak in the rain.
Allah's plan is great. He knew what's going to happen in Daegu and he sent the umbrella through the Ahjussi. I'm so grateful and i feel the love of Allah to us.

Thursday, 23 October 2014

Hitchhiking Dari Daegu ke Seoul

Assalammualaikum,

Pagi itu aku bangun awal kerana kami sudah berjanji ingin berjumpa di lobby pada jam 8.30 am. Aku makan roti sebagai alas perut untuk memulakan hari aku. Sarapan pagi jadi sesuatu yang wajib dilakukan bila mahu memulakan perjalanan yang jauh kerana aku tidak tahu bila akan bertemu makanan lagi. Korea bukan macam Malaysia, makanan halal sukar dicari, jadi perlulah diisi perut sebelum keluar.

Tepat jam 8.30am, aku, Xiao Wei dan Saymin memulakan perjalanan kami. Semalam sudah kami bincangkan bagaimana ingin ke tempat yang dituju. Kami berjalan kaki ke perhentian bas yang berdekatan dengan pagar utara KNU, dan menunggu disana selama lebih kurang 15 minit untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke Chilseong Market.

Sampai di Chilseong Market kami menunngu lagi untuk menaiki bas ke Joya Elementary school. Disini lah perhentian yang dekat dengan lebuhraya Gyeongbu. Berdasarkan maklumat yang dicari di internet, lebuhraya ini akan menghala ke Seoul. Jadi disinilah permulaan yang kami pilih untuk hitchiking. Sepanjang perjalanan ke Joya Elementary School, aku perhatikan kawasan sekitar dari dalam bas. Bangunan 3 tingkat berderet di kiri kanan jalan . Kereta juga meluncur lancar di jalan raya. Mungkin kesesakan lalu lintas di Deagu tidak serius seperti di Seoul atau Kuala Lumpur. Bas yang membawa kami rupa-rupanya membuat pusingan ke pagar barat KNU. Kami ketawa seperti bas itu kami yang punya. Kalau diketahui dari awal, kami sepatutnya boleh saja berjalan kaki ke pagar barat itu. Bazir saja tambang tiket 1200 won kami.

Perjalanan ke Joya elementary school mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya kami disana, kami seperti rusa masuk kampung. Tidak tahu hala tuju mahu ke mana. Kami tidak tahu bagaimana  ingin masuk ke lebuhraya yang kini berada di atas kami. Kami pusing-pusing kawasan sekitar mencari orang yang sesuai untuk ditanya tetapi hanya ada pak cik tua yang pastinya tidak akan faham bahasa English, namun kerana terdesak kami bertanya juga kepada pakcik itu dengan menggunakan bahasa korea kami yang sangat -sangat limited edition ni. Bermulalah perbualan ayam itik antara kami. Melihat kan perbualan yang tidak membawa hasil itu, kami berpura-pura faham apa yang pak cik itu cakap dan berterima kasih dengan bersungguh-sungguh. Kami beredar.

Kami mencari lagi, kali ini kami berjumpa dengan orang yang lebih muda. Alhamdulillah, orang ini faham apa yang kami mahukan lalu memberikan arah. Kami pon mula berjalan kaki menuju ke arah yang dikatakan sebentar tadi selama lebih kurang 10 minit.

Sampailah kami dikawasan tol lebuh raya itu. Kami pon mula memegang kertas A4 tertulis SEOUL dengan pen berdakwat biru yang dilukis bagi nampak tebal. Hampir 15 minit kami menunggu, tiada hasil, semua kereta yang lalu lalang hanya memecut laju melepasi kami. Aku mula mencari alternatif lain, kami bergerak kehadapan lagi agar kereta yg berhenti di tol sempat membaca signboard kami. Dengan izin penjaga tol, kami berdiri betul-betul di pondok ambil tiket. Setiap orang yang lalu mesti membaca signboard kami. tapi tidak ada yang berhenti. Ada juga yang meminta maaf kerana tidak membantu, aku hanya senyum mesra. Dalam hati, kami berdoa lagi agar ada yang sudi berhenti.

Tiba-tiba penjaga tol sebentar tadi memanggil kami dengan membawa peta ditangan. Dia mula bercakap dengan Xiao Wei, aku yang sedang berdiri memegang signboard menghampiri kerana aku lebih faham bahasa korea lebih dari Xiao Wei. Penjaga tol itu, menjelasakan bahawa kebanyakkan kereta yang lalu disini tidak pergi ke Seoul . Tiada kereta yang direct ingin ke Seoul. Ah sudah, kami sudah pon menahan signboard selama hampir setengah jam dengan menahan kesejukan dek kerana angin pagi dan angin dari kereta yang lalu lalang. Penjaga tol intu memberi kami alternatif lain, dia menyuruh kami mencari kereta yang ingin ke Gumi, Gamcheon atau Daejeon. Jadi kami bertiga masing-masing memegang signboard berlainan destinasi.

Setelah sejam(9.40 am to 10.40am) kami berdiri disitu menahan sejuk dan menebalkan kulit muka, Alhamdulillah, akhirnya ada juga sebuah kereta yang sudi mengambil kami. Pemandu kereta ini merupakan seorang pak cik dalam lingkungan 40-an . Bahasa inggerisnya tidak terlalu fasih tapi masih boleh difahami. Dia juga ramah berbicara mengenai anaknya, dan rajin mengajar kami perkataan dalam bahasa korea. Pakcik ini bersetuju membawa kami ke Daejeon. Perjalanan ke Daejeon mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

Didalam kereta, aku mula berasa lapar. jadi aku pon bertanya kepada pak cik itu dalam bahasa korea,
"Pak cik dah makan?" itu hanyalah soalan trick nak bagi hint dekat dia yang aku sedang lapar.haha .Pak cik itu kata dia sudah makan, tapi selepas itu dia masuk ke kawasan hentian rehat. Mungkinkah dia faham soalan trick aku itu?? Dia memarkir kereta dan bertanya kepada kami, adakah kami ingin minum kopi. kami iyakan sahaja. Aku juga turut membontoti pak cik ini masuk ke kedai GS25. Dia menyuruh aku memilih air mana yang berkenan di hati, aku pilih susu vegetarian dan kopi untuk kawan-kawan ku. Pak cik itu yang membayarkan minuman kami. Selepas itu dia belikan kentang grilled dan walnut ball, mcm kaya ball tp ade walnut dan red bean dalam tu . Yeahhh, aku bukan la berniat untuk dia belikan sume ini untuk kami, cuma berharap dia berhenti agar aku dapat beli makanan.. Tapi bak kata orang, rezeki jangan di tolak. :D

Kami memulakan perjalanan semula, Di dalam kereta kami bersembang lagi dan kelas bahasa korea pon bermula semula. Pak cik itu tanya makanan korea apa yang kami suka makan. Jujur kata ku, aku x de la suka sangat makanan korea. Mungkin sebab mostly makanan yang aku makan adalah seafood atau vegetarian jadi apa lah sedapnya makanan tanpa daging T.T . Tapi aku katakan saja aku suka Kalguksu. sebab itu saja makanan yang aku tau yang boleh di makan. Selepas itu pak cik itu ajak kami makan tengahhari bersama .

Sampainya kami di Daejeon, pak cik itu membawa kami ke restaurant Kalguksu siput sedut.. yeah sudah aku agak dia akan belanja makan. Sebab tu awal-awal aku sebutkan nama makanan yang aku boleh makan. *GENIUS!* . Bagaimana untuk aku describe kan rasa kalguksu ini. Sup yang tawar? well , makanan ini x punya banyak rasa tapi masih sedap. Kami makan sahaja, asalkan perut kenyang. Melihat kan harga makanan itu, wow mahalnya 8000. Apa yang penting , jimat duit kami..hehehe.

Selepas makan, pakcik itu membawa kami semula ke tol di Daejeon. untuk memulakan semula misi mencari kereta untuk hithchike ke Seoul pula, Kami berpisah disitu dan mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu. Kami dengan semangat yang berkobar mula menaikkan kertas A4 kami, mencari kereta yang sudi. Kami buat benda yang sama seperti di lebuhraya Gyeongbu. Tapi tiba-tiba, datang la mak cik jaga tol yang melarang kami melakukan itu. Kami sudah merayu untuk diizinkan, tapi tidak, di membuat panggilan ke mana kami x tahu. dan dia menyuruh kami pergi ambil bas ke seoul. Dalam bahasa korea yang tidak aku fahami, aku rasa dia cakap, kalau kami x pergi dia akan call police. Aishhh geramnya hati kami.

Akhirnya kami terpaksa beralah dengan kuasa authority mereka. Mereka memberi direction ke tempat tiket bas. Dan kami terpaksa berjalan lebih kurang 3KM untuk ke terminal bus Daejeon. Kami ambil bas terawal ke Seoul yang berharga 9600won.

Perjalanan dari Daegu ke Seoul sepatutnya hanya mengambil masa 4 jam, tapi sebab kami Hitchiking dan banyak dugaan, kami sampai di Seoul 8 jam selepas kami keluar dari univeristy kami. Penat sangat haritu, Tapi kami gembira.

Sekurang-kurangnya, aku berpuas hati dengan pengembaraan kali ini, aku dan kawan-kawan dapat buktikan yang kami boleh dapat kereta untuk hitchhike kepada orang-orang yang negative ttg pilihan kami. Aku berpuas hati dengan pengalaman ini dan aku berpuas hati dengan jumlah wang yg jimat..HOHO.

Terima Kasih Allah, sebab jaga kami sepanjang hari itu.

Now it's Picture Time :

Signboard yang berjaya .di tulis oleh penjaga tol


Xiao Wei. Dia yang berjaya dapatkan kereta

Ini la kentang grilled tu.. Kentang dia comel je bulat bulat kecil. letak garam sikit dan makan. Rasanya? rasa kentang je. Selalu kalau dekat highway, ini lah benda yang aku makan sebab dia je kenyang dan halal, IAllah. Tapi harga dia mahal la, 2000-3000 won (RM6-RM9).Size ini, harganya 3000 won dan aku dpt free..hohoho

Jangggg!!! Ini lah pak cik yang baik hati itu


Wallnut balll



Inilah kalguksu siput sedut tu. nampak x hijau2 tu? tu la siput sedut. Nampak x warna dia? x menarik sangat kan? hehe Tapi banyak dan sangat kenyang. 8000 won

Inilah muka kami selepas terpaksa berjalan kaki sejauh 3KM. No regrets and still happy... POSITIVE!

Station bus


Hala tuju kami.
 Done..

Thanks baca and hope korang happy baca post ni, leave a comment and like ..