Thursday, 9 May 2024

INDIA -GOLDEN TRIANGLE 6H5M- DELHI

Assalammualaikum,

Alhamdulillah , syukur kepada Allah diberikan kesempatan lagi kepada aku untuk menjelajah buminya yang serba luas dan indah ini..

Misi perjalanan kami kali ini adalah untuk menakluki Golden Triangle India, iaitu Delhi, Agra dan Jaipur pada 19 o 26 March 2019 yang lalu

Sebenarnya, aku tidak pernah pasang angan-angan untuk ke India..kerana aku lebih sukakan negara2 yang maju, bersih dan indah. Jadi india tidak pernah ada dalam list aku.

Tapi, apa yang membuatkan aku terbuka hati untuk ke India adalah kerana ada kawan aku nak pergi ke India untuk melihat Taj Mahal. Dan aku terbuka hati nak ikut juga kerana bagi aku, India adalah sebuah negara yang aku x berani nak pergi sendirian atau nak pergi dengan kumpulan wanita sahaja. Hal ini kerana, sudah banyak berita tentang kes rogol di India.. Aku jadi takut untuk ke sana sendiri.

Tapi alhamdulillah, kali ini aku pergi dengan sebuah kumpulan yang agak besar yang merangkumi 3 lelaki dan 3 perempuan. Jadi kami beli tiket 1 tahun awal jugak sebab masa tu AA tengah buat promotion free seat . Sepatutnya 7 orang, tp 1 org cancel atas sebab yang x dapat di elakkan.

Ok, le't start the story of Delhi Day 1

Arrival
Kami sampai ke Delhi lewat malam, pada jam 10. Memandangkan kami sampai lewat, aku decide untuk deal dengan hotel kami lebih awal untuk service airport shuttle untuk mengelakkan drama tengah2 malam buta. Alhamdullillah, airport shuttle kami ok, tak ada apa-apa masalah.

Kami duduk di Area Paharganj, kerana area ni yang banyak hostel2 murah untuk orang-orang backpackers. Sampai je kami ke area hotel kami, sepanjang perjalanan masuk ke kawasan hotel kami di sambut dengan bau yang hancing.. hehehe

Ye, sudah terselah kekotoran bandar delhi pada malam itu. Kami dapat rasakan, udaranya berhabuk dan berbau. Terdapat ramai orang tido diatas beca jualan mereka berbumbungkan langit dan berselimut dengan selimut yang agak lusuh.

Pertama kali kami menggunakan service di India, kami sedikit culture shock apabila driver van meminta tips dari kami. Sedarlah kami rupanya di India, mereka suka minta tips pada pelancong. Kami pon bagi je la, sbb dah malam, malas nk fikir. Settle urusan check in , kami di bawa masuk ke bilik untuk berehat.

Nama hostel : Hindustan- by Backpackers Heaven
Rating: 3/5 la kot
Tempat selesa, cumanya dia ada bela anjing yg super big.haha kebersihan pon biasa je.lantai x bersih sgt sebab aku rasa diaorang pakai kasut dalam blik jugak.so lantai memang kotor, berhabuk.

Day 1( 20 March)
Hari pertama kami agak berterabur, kami tiada satu itinerary plan yang solid. Kami keluar dari hotel dan melihat suasana pagi di sekitar hotel dan berjalan sepanjang di Main Bazaar Paharganj.Pada waktu tu x ada kedai yang buka lagi. Kawasan disitu memang kotor, sampah sarap merata2.
Kami berjalan dan tengok ada metro station berdekatan (Ramakrishna Ashram Marg Metro Station) so kami decide untuk try naik metro dia. Kami naik metro untuk ke Chadni Chowk, sebab sorang kawan aku kata kat situ la tempat best nk shopping.

Oh yea, pada masa ni, kami tak ada internet lagi.nak beli data pon x ada  kedai yang buka.sebab tu kami macam merayau2 je dulu dan decide naik metro sebab bila ada metro ni kita nampak la map dan hala tuju sikit kan.

Dalam metro orang terlalu pack macam tin sardin . bila sampai ke destinasi, kami keluar dari metro tu macam meletup keluar, even aku x sempat pusing pon, sebab tak ada tempat nak pusing, jadi aku keluar tu pon dalam keaadan mengundur dan ditolak-tolak. 

Kami naik beca mula2 dia minx 200 rupee.. bawak ke masjid jama dan karim.. lepas tu dia bawak plak ke kedai2 merepek dan mahal2.. last2 dia minta lebih.. bodoh.. kami akhirnya beri 350

naik train ke agra.. aku ingat sleeper class tu sebuah train yg selesa yg ada langsir dan tilam.. rupanya x.. mmg style india habis.. kerusi keras dan katil ada 3 tingkat. tingkat ke dua kene pasang sndri.. aku seram je tgk.. last2 kami hnya duduk shj. tiket ni murah.. rm12 je

21 March 2018
Kami tido hanya 3 jam je.. sampai ke hotel dri delhi jam 1 am.. Harini kami ke Agra.. amik guide 800 rupee including tips.. terbelanja expensively di taj mahal souvenier shop.. skali kluar ada budak jual murah.. and driver taxi kami ckp bende yg kami beli tu bukan marble.. taj mahal mini aku 950 rupee..

taj mahal sangat cantik.. Taj Mahal siap dalam masa 22 tahun.. pada tahun 1653..di tajmahal ada 16 garden dan 53 fountain.. Shah jahan nmpknya mmg plan dh nk taj mahal siap pada 1653..architecture di tajmahal sangat detail.. ukiran marble di dinding dibuat dengan tangan.. dan hiasan bunga2 dia dinding tajmahal diperbuat daripada batu2 bernilai dri macam negara contohnya, new zealand iran, pakistan dan africa..

kami makan lunch dia kedai mkn mcm mewah sikit.. taxi bawak.. hrga quite mahal.. kami habis 750 kt sini.

kami pergi ke agra fort.. tp tak amik guide kali ni.. hnya tgkap gambar.. dri agra fort boleh nmpk taj mahal dri jauh.. x masuk pon x pe kot. haha 500 rupee masuk.. padahal tuk rakyat india 50 rupe je

22 march 2018
kami makan di happy hour restaurant.. 1km from hotel.. briyani dia sedap.. kami makan mcm2 roti.. total habis 390 rupee

Kami naik bas dri agra ke Jaipur.. lagi 20km nk sampai ke Jaipur tayar bas kami pecah dan tertanggal.. dalm 10 minit menunggu kami dpt naik bas non Ac pulak... haha satu pengalaman menarik .

conductor bas baik ,hantarkan kami ke depan hotel, sbb bas dia mmg lalu hotel tu. conductor bas tu have good education background berdasarkan apa dia cerita la..ada master n degree n tgh buat phd..

aku tnya dia, ni kene extra charge ke..dia kata x, dia sje nk tolong
baiknya

23 march
kami duduk di hotel paramount, malam smlm tu bergaduh sbb tak nak tmbah harga bilik..sje je dia suh aku tmbah utuk bilik aircond..padahal bilik x de aircond ada je..bila dia tnya kita nk duduk bpe malam, aku sje ckp aku nk dua malam, tp maybe nk cri hotel lain..terus dia bagi bilik yg elok..x guna betui perangai

harini kami naik teksi shj tuk jalan2, pergi jal mahal tuk tgkp gambar..teksi dia mahal gila..padahal tmpt lawatan sgt sikit... nk pergi amer fort kene tmbh duit 550 lagi.geramnya aku,tp dpt diskaun 450...padahal amer fort tu x perlu pon tmbh duit aku rse..bukan susah sgt route dia..

total van rsnya 2550..mahal untuk india..tp klu bhgi 6 x mahal sgt..tp agra kiteorg dpt 1500 je one day..


Cerita tamat disini, sbb x update di note, dh lupa semua( update 10/5/2024)



Saturday, 27 January 2018

TAIWAN 5H4M DENGAN BUDGET RM1500




CURRENCY
1000=RM142.35
100=14.235
0.14235


ITINERARY
1. Flight Airasia Rm 535 without meal dan luggage hanya seorang.
2. Insurance AXA RM26.50
3. Wifi book di Klook.com .Dapat RM11 sehari, sewa untuk 5 hari =Rm55
 

 4. HOTEL
• Taipei -rm307.50/2 (RM153.75/pax) --- TWD2160
o Hostel HERE X THERE- berdekatan Taipei Main Station..Tapi Taipei main station sgt besar, dri hostel ke station mmg dekat, tp dri dalam station nak berjalan ke MRT airport ambil 30 minit berjalan DALAM STATION shaja!!! sangat besar.. Disarankan jika travel 4 org, boleh amik airport transfer, price range NT900-NT1000
• Hualien-RM153.738(RM76.90)----TWD1080

5. Pengangkutan di Taiwan selama 5 Hari- RM223.

• Include tiket train pergi balik ke Xincheng Taroko National Park NT311 one way
• Include tiket one day pass MRT dan Maokong Gondola NT350
• Include tiket MRT from and to Airport NT320/two way
• Uber 550m NT60~NT73
• Taxi start at NT70, 3km=NT150/NT160


6. Makanan di Taiwan 5 hari NT1592.5=RM226.70

• Kami makan makanan mahal, bajet boleh dikurangkan lagi sebenarnya
• Sepanjang perjalanan kami makan di restaurant Halal di Taipei
• Semasa di Hualien sahaja kami beli makan vegetarian.
• Semasa membeli makanan, kami sudah makesure supaya makanan tidak diletakkan pork or lard. Kami minta tolong information centre di airport untuk translate kan, dan kami tunjuk shj pada org Kedai.
• Kami juga ada beberapa list perkataan Chinese, ditunjukkan kpd mereka seblm membeli apa2 makanan.


7. Lain-lain

• Beli beberapa souvenir NT450=RM64.05
• Pengangkutan dri Ipoh ke Klia-RM65

8. Honestly speaking 5 days 4 night x cukup jika flight sampai pukul 12 tgh hari di Taiwan, sebab ½ hari kami habis di airport dan Mencari hotel dan rehat sebab x cukup tido..Mungkin patut ambil flight pagi subuh (jika ada), atau pergi 6h5m.

Untuk Baca Cerita dari awal Klik link dibawah:

DAY 1 & 2 - KLIKSINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIKSINI
DAY 5 - KLIKSINI
SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI


Friday, 26 January 2018

HARI KE LIMA- BALIK DAN KESIMPULAN PERJALANAN

Bangun kul 8.30, mandi kemas bag.Kami check out hotek 9.30am
Lepas tu kami naik uber gi makan kedai halal aritu, sbb kaki nia sakit, dia macam tak larat dah nak jalan

Lepas mkn nia nk jalan2 tgk barang-barang dekat kedai berdekatan. Dah settle sume bende kami pon jalan kaki ke Taoyuan Mrt takes about 35 minit.. Sgt jauh rupanya. Taipei main station sgt besar jauh. Aku tak sangkay dia sejauh tu. Dan masa tu aku sumpah serba salah dengan nia. Tapi she’s strong, dia x de pon merungut. So sepanjang jalan kat dalam tu kalau dia nak berhenti shopping-shopping ke aku bagi je la. Dia memang hantu shopping.

Pagi tu sebenarnya aku dah tanya nak amik airport transfer. Tapi dia kata tak boleh dah,sebab last minute. Dan aku menyesal tak naik uber sebab aku pikir mahal. Aku kalau travel memang cheapskate like hell. Dalam train tu aku ternangis sikit sebab serba salah kat dia..huhuh I’m sorry mok mok.

And finally our journey ends at the airport. Aku pulangkan wifi dan check in immigration and we safely arrived in KL .Alhamdulillah.


KESIMPULAN
Ada beberapa benda aku nak conclude tentang perjalanan aku kali ni.

1.    JANGAN TRAVEL MUSIM PANAS
Aku pilih bulan 8 sebab masa tu aku baru habis intern, dan aku ingat aku nak masuk keje bulan 9. So aku pergi la bulan 8. Tapi memang agak menyesal.Panas dia bukan main-main.Lagi panas dari Malaysia.sebab reach 35 degree celcius. Learnt my lesson the hard way.

2.    TAIWAN MAHAL
For a cheapskate like me, honestly aku rasa barang-barang di Taiwan mahal dan semua barang-barang dia kita boleh dapat di Malaysia. Jadi aku x ada apa nak beli di buat souvenir. Walaupon mahal, kalau pandai jimat, masih mampu sampai. Aku ke sana 5h4m RM1500 all-in

3.    PAKAI KASUT YANG BETUL
Nia kaki dia melecet dari airport lagi sebab kasut yang dia pakai tu macam x elok la, padahal mahal beli dekat al ikhsan beratus. Tapi dengar cerita katanya, kadang-kadang Al-Ikhsan pon dapat kasut fake..Aku x tau betui ke tak. Orang cakap, jangan saman aku.haha

4.    TAIPEI BANYAK MAKANAN HALAL
Sepanjang kami kat Taipei, kami tak ada masalah sangat tentang makanan. Sebab banyak restoran halal yang senang nak sampai dan convenience store dia pon banyak option makanan vegetarian. Even kalau x ada sangat la makanan, cari la restotan vegetarian. IAllah Halal.

5.    5 HARI 4 MALAM TAK CUKUP
Aku decide tuk pergi 5 hari 4 malam sebab aku ingat cukup, sebab banyak je orang buat pakej 5 hari 4 malam. Tapi percaturan aku salah. 5hari 4 malam tuk Taipei cukup rasanya.Tapi kalau nak ke Taroko, better la ko amik 6h5m.
And aku rasa kalau amik seminggu or 8 hari pon ok sebab banyak attraction di luar bandar.. Memandangkan, aku x suka bandar sangat, jadi macam ralat tak dapat ptergi ke tempat-tempat nature macam dekat Yehliu,Jiufen and Shifen.

Tu je la kot kesimpulan aku.. Terima kasih sudi membaca sampai habis..

Semoga aku rajin update untuk India plak. India aku akan pergi bulan 3 nanti. IAllah

Untuk baca dari awal , here's the link

DAY 1 & 2 - KLIKSINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIKSINI
DAY 5 - KLIKSINI
SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI



HARI KE EMPAT - CHIANG KAI SHEK, MAOKONG GONDOLA,TAIPEI 101, SHILIN NIGHT MARKET,

Harini ,kami bangun jam 8 pagi,mandi dan siap2 dan kami keluar pukul 9.30am.

CHIANG KAI SHEK


Untuk Harini, aku decide untuk pergi ke Chiang Kai Shek.. Tapi cuaca pada hari tu sangat panas, 35 degree. Kawasan sekitar Chiang Kai Shek ni, banyak cat putih, dataran depan chiang kai shek tu pon putih. Jadi bila matahari tengah terik memang sangat silau. Aku tak boleh nak bukak mata, dan berpeluh-peluh gila nak jalan ke bangunan tu dari train station... dari station ke chiang kai shek tu dekat je.. tapi sbb panas sgt. nk berjalan ke arah bangunan tu, sampai tak boleh bukak mata.. kiteorg dah tak sanggup nak meneruskan perjalanan dekat dataran tu makanya kiteorang berdiri di tengah-tengah dataran dan tangkap gambar dari jauh je dan tak masuk bangunan. Lepas tangkap gambar,kami duduk lepak-lepak bawah pokok dan di tepi kolam. Kat tempat ni sangat tenang, sebab ada ikan, ada burung dan ada jugak Nampak para pelajar university dari jurusan Art duduk situ dan melukis bangunan Chiang Kai Shek dari jauh. Seronok tengok diaorang melukis. Sambil-sambil tu, nia makan breakfast, aku x beli makanan sebab aku dah makan maggi pagi tu dan aku nak jimat,hahah .Jadi aku pun plan next destination..
Panas sangat, x boleh bukak mata. Bangunan Chiang Kai Shek tu yang belakang aku ni

Ini bangunan sekitar tempat tu

Sebab masa tu dah hampir dengan lunch hour. Aku decide untuk pergi ke one more restaurant halal. Restoran ni tak ada la dekat sangat dengan Chiang Kai Shek tu,aku rasa. Tapi disebabkan Taipei sangat well connected dengan MRT, jadi sangat mudah untuk pergi kemana-mana pon. Dan kiteorang pon nak tenang-tenang je harini.

RESTORAN HALAL BISMILLAH

Kami makan di Restoran Halal Bismillah, kedai makanan thai tapi Taiwanese muslim punya. Jadi kami makan tomyam dan nasi dan beberapa side dish. Restoran ni dekat je dengan train station dalam 500m maybe. Masa kami makan disana, kami jumpa dengan kumpulan Chinese Muslim dari Malaysia, mereka sangat friendly dan excited jumpa kitaorang. Sebab dia kata tak ramai melayu datang Taiwan. Mereka datang untuk tahu tentang orang Islam di Taiwan.

Makanan yang kami order di restoran ni



MAOKONG GONDOLA

Lepas makan, kami beli one day pass sekali dengan gondola di Maokong yang berharga TWD350. aku pening dah nak pikir mana pilihan yg termurah.. jadi aku decide amik je pass ni sebab mudah. Aku pilih untuk ke Maokong sebab di lebih relax sebab kaki nia still sakit. Tapi aku tak menyesal tuk ke sini, sebab cable car dia sangat panjang. dalam 4.3km dari bawah ke atas. Sepanjang perjalanan tu ,dalam gondola sangat sunyi dan tenang.Kawasan sekeliling penuh dengan pokok-pokok hijau dan boleh nampak bandar di kejauhan. Jadi untuk membunuh masa sepanjang perjalanan yang mengambil masa 30 minit tu, aku dan nia tangkap-tangkap gambar. Seronok tangkap gambar dengan Iphone 7 sebab lawa sangat yang portrait setting tu.

Masa dalam Gondola, ada keluarga Jepun jugak sekali dengan kiteorang, jadi aku pon teringin nak sembang sikit-sikit sebab lama kan perjalanan.Tapi aku takut dia tak tau English. So aku google la Bahasa jepun, Can You speak English?Lepas tu aku cakap kat dia “Eigo wakari masuka?”. Pastu dia cakap boleh-boleh sambil angguk-angguk kepala, jadi kitaorang sembang la sikit-sikit. Dah sampai kat atas tu, tak ada apa sangat. Maokong ni famous dengan teh. Nia teringin nak makan ice cream dekat situ. Tapi bila aku tanya dengan susah payah, ada tak gelatin dalam aiskrim tu, dia cakap ada.. Jadi kami x dapat nak makan apa-apa sebab x halal. Nia beli kentang dan jajan vegetarian dekat convenience store kat situ dan kiteorang pon duk la lepak atas tu, makan lagi.haha

Guna iphone lagi senang tangkap gambar lawa.hehe
Sampai atas x ada apa pon


Pastu kami cari tempat untuk solat. Time ni, portable wifi kiteorang dah nak habis bateri kene jimat-jimat sebab aku tertinggal cable.

TAIPEI 101

Next destination, Taipei 101. Dari depan Maokong station tu, aku nak naik bas, sebab kalau naik MRT kene banyak jalan, kaki nia still sakit.
So aku tanya local kat situ, bas mana nak naik. Memang ada route bas dan no bas kat station bas tu, tapi serabut dengan tulisan dekat map tu sebab sangat banyak bas yang lalu situ . Makanya, dari Maokong station to Taipei 101 boleh naik bas no 1,18 21. Dia akan sampai betui2 kat Taipei 101.

Tiket TAIPEI 101 aku beli di KLOOK RM65 seorang, dapat promo code daripada hotel yang kiteorang stay tu.


Dekat bawah Taipei 101 ni ada premium outlet la. Nia teringin nak beli handbag Longchamp kat situ. Tapi memang handbag kat sini lagi mahal dari Malaysia punya.. Maybe sebab currency Taiwan lagi tinggi, jadi harganya lagi mahal. Tapi semangat la orang tu melayan nia.. aku ikut je la..





Lepas tu nia nampak LV outlet. Dia nak masuk.. Ya Allah aku malu nak masuk LV, sebab pakaian kiteorang pon biasa-biasa je.
Aku cakap “Nia tak payah la masuk nia, aku malu. Nanti ko kene tangkap dengan bag fake ko.haha” Sebab aku ada baca cerita orang kene tahan kat London sebab pakai beg fake ,mana tau Taiwan pon sama. Tapi aku tak dilayannya..haha

Nia dengan muka tak malu masuk dan tengok-tengok..Dia bukan takat tengok-tengok je siap tanya nak pegang dompet dalam display tu. Nia sebenarnya nak compare, LV fake dia ada beza tak dengan LV original. Haha Dompet dia tu, kat Guangzhou ratus je kot, tapi kat LV hampir RM5000 ok. Dompet je tau, yang panjang-panjang tu.. and memang tak de beza yang ketara pon dompet dia dengan dompet Guangzhou..haha

So lepas jalan-jalan di mall tu, kami nak naik ke observatory, walaupun kami dah beli tiket online, kami still kene beratur macam orang biasa untuk dapatkan printed tiket. Lepas dapat tiket, kami kene beratur panjang lagi, nak turun pon kene beratur panjang.. Kami sampai sana dekat nak malam jugak.. dan tak ada apa yang menarik sangat dekat atas tu.
Pada pendapat jujur aku la kan, aku tak rasa pergi Taipei 101 berbaloi, sebab mahal dan penat beratur je. Tapi dapat la merasa naik lift terpantas di dunia, kita naik sampai tingkat 89 hnya amik masa 43 saat jd.. Dan belajar tentang building dampener serta sejarah pembinaan Taipei 101. Sebab aku dah bayar mahal, jadi aku makesure la aku belajar something..

Di atas Taipei 101
View malam di Taipei


SHILIN NIGHT MARKET

Destinasi terakhir kami pada hari keempat ni ialah Shilin Night market , turun di :  Jiantan Station,line merah, exit 1. Dalam train aku terpaksa melayan orang mabuk sembang ayam itik.. Nia kata jangan layan.. Tapi aku kesian..hahaha agak bodoh di situ.

Mungkin sebab kiteorg datang lewat sangat, dan dah penat, kiteorg tak cover banyak.. tak jumpa makanan vegetarian banyak.. dinasihatkan, untuk Muslim datang sekadar nak tengok je. Kalau niat nak makan, susah sikit nak cari, plus makanan mahal la. Kami agak lapar jugak sebab ingat ada la bende boleh di makan kat sana..


Susu goreng



Cendawan grill je

Makanan yang kiteorang dapat makan ialah susu goreng, sedap sangat ..cendawan grill lepas tu kiteorang shopping souvenir. Kami gerak nak balik ke hotel jam 12 malam sebab kiteorang ingat train terakhir dri Jiantan station  pukul 12, maka berlari la kami, dengan nia kaki sakitnya nak kejar last train, sebab Shilin ni jauh jugak dri hotel, naik teksi bankrupt.. Tapi rupanya train terakhir dari station ni ialah 12.30am.

The end of day 4

Untuk ke hari kelima dimana saya membuat kesimpulan sepanjang perjalanan saya (
DAY 5 - KLIK SINI)


DAY 1 & 2 - KLIK SINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIK SINI
DAY 5 - KLIK SINI
SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI

PENGALAMAN HARI KETIGA -TAROKO NATIONAL PARK

Aku bangun kul 7 dan breakfast kul 7.30 di hotel, sebab hotel kami memang dah include breakfast. Makanan yang hotel sediakan simple je, tapi sedap dan sangat mengenyangkan , ada roti, telur, salad dan buah2..sangat satisfying la .Lepas breakfast, kami kemas beg, check out pukul 9.30



Kami jalan kaki sahaja dari hotel ke Taroko. Kenapa aku jalan kaki? Kerana aku ingat dekat je.. Rupanya~~ Ya Allah jauh sangat  Dengan kaki nia yang sakit sebab pakai kasut fake. Actually, aku tak kisah sangat jalan tu, sebab aku enjoy je. Tapi kesian kat nia mok mok kaki dia sakit  Aku cuba cari kot-kot ada la tempat sewa scooter kat situ.Tapi tak Nampak kedai yang buka, plus time tu pagi lagi.


Ni depan hotel kami, aku book di booking.com nama dia Hong Ying B&B. Senang la duduk sini sebab hotel dia sekali dengan restoran, boleh la order.
Aku rse ada la dekat 1km kiteorang jalan dari hotel tu ,kitaorang sampai kat Taroko Visitor Centre. Dekat situ, aku tanya macam mana nak ke Shakadang dan Swallow Grotto. Lepas tu orang tu cakap jalan je kat terowong(Shakadang Tunnel) kat bawah tu.So aku pon ikut la arahan dia. Kami pon jalan je la dalam terowong gelap gelita tu. Masa berjalan tu, dah sampai halfway terowong(330 meter dari pintu masuk terowong), aku nampak ada satu exit di seberang jalan

View dekat sini sangat cantik

Aku decide untuk cross jalan raya yang bahaya dalam terowong gelap tu untuk ke exit tu. Sebab dia bercahaya2 macam pintu ke syurga compare dengan terowong yang gelap dan tak nampak penghujung tu kan..hahaha

XIAOZHUILU TRAIL

Rupanya itu adalah entrance ke Xiaozhuilu Trail. Lama jugak aku duduk depan entrance tu dan tengok peta yang aku ambil kat centre tadi untuk pastikan aku dijalan yang benar. Tapi aku tak paham sangat..dasar perempuan hahaha

Aku tengok ada ramai juga keluarga Taiwanese yang lalu situ.. so I suppose this must be correct. So aku decide to proceed trail ni.Dekat trail ni ada, jambatan gantung kayu dan tali serta pemandangan sungai Liwu yang cantik dan panjang trail ni adalah 650m.


Jambatan Gantung

Nia yang kepenatan.haha

Aku sejujurnya sangat enjoy jalan kat sini, sebab cantik dan tenang. Tapi aku rasa nia tak suka, sebab kaki dia sakit. Tapi dia masih strong berjalan slow dengan tenang sambil cuba have fun. Di penghujung trail xiaozhuilu ni, kiteorang Nampak jambatan yang sangat tinggi. Signboard cakap, kat atas jambatan tu la ada Shakadang Trail. So aku dan nia pon panjat la tangga dengan penuh penat Lelah. Sebab tadi dah jalan jauh, kene plak naik tangga tinggi..

 


Akhirnya sampai jugak kami di entrance Shakadang trail dan baru lah reality memukul aku bila aku toleh ke kanan dan ternampak pintu keluar Shakadang Tunnel tadi! Kalaulah aku jalan terus je tadi dalam terowong tu, tak perlulah kiteorang melencong berjalan kaki sejauh 650m..Tapi aku x menyesal. It’s worth it. It’s just memang sepanjang kami jalan-jalan kat sini aku kesiankan nia.

SHAKADANG TRAIL

Shakadang trail kat bawah tu, nampak tak ada manusia kecik2?


Ada sungai yang biru, tapi dari jauh je nampak.tapi masih cantik.Gambar ni kiteorang zoom

Disebabkan kami dah penat dengan Xiaozhuilu Trail, makanya di Shakadang Trail kiteorang jalan sikit je, maybe dalam 500m gitu. Tangkap2 gambar sikit lepas tu patah balik dan kami tunggu bas di station bas berdekatan dengan jambatan Shakadang tu untuk ke Swallow Grotto pula sebab memang jauh. Aku nak pegi ke sini sebab aku tengok google gambar sungai dia biru sangat-sangat..Dan aku seumur hidup memang tak pernah tengok sungai sebiru dalam gambar tu.. Tapi malangnya, masa aku sampai situ, diaorang buat construction apa entah berdekatan dengan sungai membuatkan airnya menjadi kelabu..keciwa hatiku ini. Tapi aku masih enjoy melihat burung layang-layang yang terbang antara dinding-dinding gunung mencari makan.Mungkin kami spend dalam 20 minit disini. Lepas tu kami naik bas untuk balik ke hotel.


Air sungai ni patutnya biru, tapi kelabu kali ni.i'm sad haha

Terowong di Swallow Grotto



Dalam bas, aku tak tahu turun kat mana, sepatutnya turun kt Taroko sebab ni paling dekat la kiranya dengan hotel kiteorang, tapi bas tu tak berhenti pun dan aku pun confuse nak turun kat mana.so kiteorg turun dekat visitors center which is atas lagi la dari entrance taroko tu dan menapak lagi la kiteorang tengah-tengah hari rembang ke hotel.. 


Sampai je di hotel, kami tanya orang hotel ada tak kedai vegetarian berdekatan situ, sebab kitaorang dah sangat-sangat lapar sebab jalan banyak, dia ckp kedai dia bleh masak makanan vegetarian.. Jadi kiteorg pon order la nasi goreng vegetarian.. and bungkus ikan mackerel tuk mkn mlm, nia pulak bungkus nasi ngan udang rebus. Lepas makan kiteorg pon tunggu bas. sbb nk kejar train pukul 4.53pm.tapi bas x ada.. teksi pon x ada.. lama kiteorg tggu dlm 20 minit.. bru ada bas.. tambang bas 25 je sorg.. kiteorg naik teksi smlm sampai 160..mahal gila babeng.. memandangkan kiteorg lambat.. terpaksa beli bas pukul 6.20😅😭😭.. tapi bas 6.20 ni murah sikit dri bas 4.53.haha..so aku tak kisah sgt sbb dpt la bernafas kejap.. rehat dan solat di station sementara tggu train.. Kami sampai Taipei kul 9.45pm

Nasi Goreng vegetarian

Sekali dengan seaweed soup.dap2

Udang ni hanyir sikit,sebab rebus.i don't like

Ni sedap

Masa di Taipei, nia dh mula tunjuk tanda-tanda awal allergic reaction sebab makan udang besar,dia dah mula gatal-gatal badan. Aku risau kalau dia muntah or cirit  birit je.. gegas cari yakult sebab yakult ni memang bgus la nak lawan allergic dia. Nasib baik tak ada apa yang serious. Kami pon cari hotel yang kiteorg duduk masa 1st day dan check in. Malam tu terus rehat sebab we had such a long day.

Untuk hari keempat, Saya kembali ke Taipei dan pergi ke Chiang Kai Shek, Maokong Gondola dan Taipei 101.  (DAY 4 - KLIK SINI)
DAY 1 & 2 - KLIK SINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIK SINI
DAY 5 - KLIK SINI
 SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI