Showing posts with label AttractionKorea. Show all posts
Showing posts with label AttractionKorea. Show all posts

Friday, 23 January 2015

Pyeongchang Trout Festival 2014/2015

Assalammualaikum..

Hari ni nak cerita tentang pengalaman pergi ke Pyeongchang Trout Festival..

Aku pergi ke PTF ni pada 2/1/2015 dengan adik aku dan seorang lagi mamat, nama dia Mus dan dia sebenarnya kawan kepada customer aku masa aku buat trip kat Busan dulu. Saja la aku ajak memandangkan di sorang-sorang jekat Korea ni.

Aku tahu temtang PTF ni pon sebab aku tgk dekat facebook page Korea Tourism.

Trout tu apa? trout tu macam sejenis ikan.. kat festival ni, diaorg boleh nak memancing ikan di atas ais. Ramai aku tgk family datang untuk memancing dekat sini. Tapi aku x pergi memancing sebabnya aku dah la x tau memancing dan bayaran masuk untuk memancing tu memang mahal.. x masuk lagi kene pulak beli alat2 memancing tu.. Kalau x dapat ikan kan bazir je duit.. So aku pon amik untuk main game je.. Adalah game yang disediakan.. bayaran dia pon boleh tahan mahalnya.. 22,000 won untuk main game.. Ade game sledding, skating, skating traditional, basikal ais dan ade la beberapa lagi.. Permainan dia simple2 je.. tapi best la jugak..

Kalau korang nak pergi ke PTF ni makesure la korang ade sunglasses.. Kalau orang macam aku, yang silau tinggi ni, mmg sakit mata.. Kenapa kau tanya? Bayangkanlah, salji putih suci murni tu disinari pulak cahaya matahari, memang menyilau.. sampai pening2 aku dibuatnya.. aku kene selalu pandamg bawah tuk mengelak sinaran salji.. haha

Memandangkan kami x memancing, kami ambil keputusan untuk makan ikan trout panggang.. Harga dia 20,000 won sekor dan kami amik pulak stew ikan trout yang berharga 10,000 won seperiuk. Boleh la kongsi2 3 orang. Tapi stew ikan trout tu, ikannya, tulang je.. sebab orang korea ni kan, diaorg suka makan ikan mentah cicah dengan cili cuka.. so isi ikan tu diaorg siat halus2 dan makan.. so bakinya diaorg buat la soup.. sebab tu "murah". nak merasa isi ikan mentah tu lain la plak harganya ㅠ. ㅠ

Cara nak pergi ke PTF:
1. Pergi Dongseoul bus terminal (Gangbyeon Station ,Line 2)
2. Naik bus ke Jinbu (13,100 won/one way) perjalanan mengambil masa 2 jam setengah.
3. Sampai kat Jinbu je, keluar je dari kawasan tu cari arah sungai.dekat sangat2..Nanti boleh nampak dri jauh khemah2 festival

Dicadangkan dtg awal. naik bus pukul 7.00/7.30/8.00 am sampai sana dalam 10.30am dan boleh main sampai 5 petang.

Pengalaman yang menyeronokkan, kami spend one day kat sini. memang penat gila dan sangat sejuk.. Bila nak sembahyang, kami terpaksa sembahyang atas salji, byangkan la stokin dan salji je berlapik kan sehelai plastik.. Sejuknya Tuhan sahaja yang tahu..Tapi pengalaman tu seronok..haha

Ok korang have fun di Jibu nanti, x dapat memancing pon, makan ikan trout pon boleh la.. huhu


Pororo ice statue 
In the making

Ni bleh naik 2 kali..dh naik skali, beratur balik klu line x panjang, kami aritu naik skali je, lepas tu dh x sempat

Sledding

Ice bicycle


Trout panggang, sedap juga

Stew tulang ikan trout T.T

Saturday, 5 July 2014

South Korea: Jeju-Mysterious Road and Psyche World

sambungan :
Hokay, first day kami kat Jeju kami x ada planning lagi..Kami x makan breakfast ape pon, terus keluar je.
Bawak kereta dan mula nak panik sebab tak tahu guna GPS. Tapi panik tu sekejap je, kami doa pelan2 dalam hati mintak petunjuk dari Allah. Doa orang musafir ni makbul, Alhamdulillah kami jumpa cara nak guna GPS tu.

So kakak aku tanya nak pergi mana. Aku pon tengok buku lonely planet dan cakap, jom kita ke Mysterious Road. dan kami pon setkan la GPS ke MR. Sepanjang perjalanan tu, kakak aku cam gelabah sikit sebab dia bru first time bawak kereta belah kiri, and ada banyak signboard menunjukkan attraction2 yang ada di Jeju.

Sesampainya kami di MR , kami macam terpinga-pinga..MANA MYSTERIOUS ROAD YANG DIGEMBAR GEMBURKAN?! HAHAHA..

Dia hanyalah sebatang jalan yang penuh kereta, so kalau ko nak tetiba berhenti kat situ pon macam bahaya..aku pon garu kepala la dan kami decide untuk cari tempat lain..Berdasarkan brouchers yang kami kutip kat airport, ade stu tempat yang namanya Psyche World. Kakak aku la yang nak pergi sangat tempat ni. Sepanjang aku buat research ttg jeju, x pernah aku bertemu dengan nama Psyche World ni..Tapi kami plan nak gamble je, memandangkan PW ni satu jalan (kami guna peta jeju untuk tgk perjalanan kami dan kedudukan sesuatu tempat).

Entrance Fee: 9000won.


Ini adalah sesuatu yang agak menarik, dimana mereka menggunakan kumbang yang sudah diawet dan susunkan mereka dalam perlbagai situasi..gambar menunjukkan kumbang tengah main tali skipping.

Kumbang tengah bina dolharubang.


Patung2 yang menunjukkan lifestyle zaman dulu kala di korea..


Ni bilik Mirror..Kiri kanan mirror and memang delusional dalam ni kejap..haha tp best jugak
Aku dan kak lang

So review aku tentang tempat ni, masa kami sampai, tempat ni agak krik2 maybe sebab kami smpai pagi. Tapi tempat ni bagi aku biase shaja. cuma aku memang sukakan yang kumbang2 tu..menarik sgt dan comel. Walaupon biasa2 sahaja, aku gembira kat sni, haha dan kami dapati, orang2 tua amat suka tempat ni T.T, hahaha.
Actually ada banyak benda lagi kat dalam ni..tp yang menarik bg aku adalah kumbang dan cermin shaja..dia lebih kurang macam museum seni. sbb Psyche ni mcm nama artist or maybe dewa dewi? entah la.hohoho