Friday 23 January 2015

Pyeongchang Trout Festival 2014/2015

Assalammualaikum..

Hari ni nak cerita tentang pengalaman pergi ke Pyeongchang Trout Festival..

Aku pergi ke PTF ni pada 2/1/2015 dengan adik aku dan seorang lagi mamat, nama dia Mus dan dia sebenarnya kawan kepada customer aku masa aku buat trip kat Busan dulu. Saja la aku ajak memandangkan di sorang-sorang jekat Korea ni.

Aku tahu temtang PTF ni pon sebab aku tgk dekat facebook page Korea Tourism.

Trout tu apa? trout tu macam sejenis ikan.. kat festival ni, diaorg boleh nak memancing ikan di atas ais. Ramai aku tgk family datang untuk memancing dekat sini. Tapi aku x pergi memancing sebabnya aku dah la x tau memancing dan bayaran masuk untuk memancing tu memang mahal.. x masuk lagi kene pulak beli alat2 memancing tu.. Kalau x dapat ikan kan bazir je duit.. So aku pon amik untuk main game je.. Adalah game yang disediakan.. bayaran dia pon boleh tahan mahalnya.. 22,000 won untuk main game.. Ade game sledding, skating, skating traditional, basikal ais dan ade la beberapa lagi.. Permainan dia simple2 je.. tapi best la jugak..

Kalau korang nak pergi ke PTF ni makesure la korang ade sunglasses.. Kalau orang macam aku, yang silau tinggi ni, mmg sakit mata.. Kenapa kau tanya? Bayangkanlah, salji putih suci murni tu disinari pulak cahaya matahari, memang menyilau.. sampai pening2 aku dibuatnya.. aku kene selalu pandamg bawah tuk mengelak sinaran salji.. haha

Memandangkan kami x memancing, kami ambil keputusan untuk makan ikan trout panggang.. Harga dia 20,000 won sekor dan kami amik pulak stew ikan trout yang berharga 10,000 won seperiuk. Boleh la kongsi2 3 orang. Tapi stew ikan trout tu, ikannya, tulang je.. sebab orang korea ni kan, diaorg suka makan ikan mentah cicah dengan cili cuka.. so isi ikan tu diaorg siat halus2 dan makan.. so bakinya diaorg buat la soup.. sebab tu "murah". nak merasa isi ikan mentah tu lain la plak harganya ㅠ. ㅠ

Cara nak pergi ke PTF:
1. Pergi Dongseoul bus terminal (Gangbyeon Station ,Line 2)
2. Naik bus ke Jinbu (13,100 won/one way) perjalanan mengambil masa 2 jam setengah.
3. Sampai kat Jinbu je, keluar je dari kawasan tu cari arah sungai.dekat sangat2..Nanti boleh nampak dri jauh khemah2 festival

Dicadangkan dtg awal. naik bus pukul 7.00/7.30/8.00 am sampai sana dalam 10.30am dan boleh main sampai 5 petang.

Pengalaman yang menyeronokkan, kami spend one day kat sini. memang penat gila dan sangat sejuk.. Bila nak sembahyang, kami terpaksa sembahyang atas salji, byangkan la stokin dan salji je berlapik kan sehelai plastik.. Sejuknya Tuhan sahaja yang tahu..Tapi pengalaman tu seronok..haha

Ok korang have fun di Jibu nanti, x dapat memancing pon, makan ikan trout pon boleh la.. huhu


Pororo ice statue 
In the making

Ni bleh naik 2 kali..dh naik skali, beratur balik klu line x panjang, kami aritu naik skali je, lepas tu dh x sempat

Sledding

Ice bicycle


Trout panggang, sedap juga

Stew tulang ikan trout T.T

No comments:

Post a Comment